Alam & Sains 20 Aug, 2020

24 pasukan berentap! Musim dua PUBG Mobile Pro League MY/SG!

@editor 2
Semua kenyataan media atau media releases boleh dihantar kepada Editor KitaReporters. Sila sertakan juga gambar iringan untuk siaran. Emel: kita.reporters@gmail.com atau editor.kitareporters@gmail.com

Share this

SEBANYAK 24 pasukan dari Malaysia dan Singapura berentap bagi merebut hadiah terkumpul berjumlah AS$150,000 (RM626,000) dalam musim kedua PUBG Mobile Pro League (PMPL) MY/SG 2020 yang bermula pada Rabu, 19 Ogos 2020. Pasukan Malaysia mengisi 20 slot, di mana 15 adalah pasukan jemputan daripada Musim 1, manakala 5 slot lagi adalah pasukan yang layak dari Kejohanan PUBG Mobile Malaysia National Championship (PMNC) 2020. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan PUBG:

https://kitareporters.com/search?search=pubg


Sementara itu, slot untuk pasukan Singapura diisi oleh 4 pasukan yang berjaya melayakkan diri di Pusingan Kelayakan PMPL MY/SG  yang diadakan dari 7 hingga 8 Ogos tahun ini. Dalam kejohanan yang baru sahaja selesai, pasukan 8GMT, Kingsmen, PPG dan Steel Hearts Esports masing-masing berjaya menempah slot untuk bertanding dalam PMPL MY/SG musim ini.  

Pasukan yang bertanding dalam PMPL MY/SG Season 2 ialah:


PMPL MY/SG Season 2 bermula dari Rabu hingga Ahad (19 hingga 23 Ogos 2020) ini dan akan berlangsung selama empat minggu, dengan acara kemuncak Kejohanan Akhir dijadual berlangsung dari 25 hingga 27 September 2020

Kejohanan ini akan disiarkan secara langsung di laman Facebook Rasmi PUBG MOBILE dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. 

Selain itu, rancangan bual bicara eksklusif “PMPL Talk Show” yang dihoskan oleh J Hunter juga akan disiarkan secara langsung pada setiap Selasa pukul 8 malam (25 Ogos, 1 September, 8 September, 15 September 2020). Ia bakal menyaksikan sesi perbincangan serta analisis mengenai perlawanan terhebat mingguan untuk musim ini. 

J Hunter akan ditemani tetamu-tetamu jemputan mingguan yang terdiri dari kalangan pemain profesional PUBG MOBILE, yang akan berkongsi pandangan pakar mereka mengenai perlawanan, ramalan serta situasi semasa.

Setelah perlawanan 24 pasukan dalam PMPL MY/SG Season 2 ini selesai, tiga pasukan terbaik akan meneruskan persaingan ke perlawanan Akhir PMPL SEA Season 2. Di sana, mereka berpeluang untuk menjadi wakil rantau Asia Tenggara dan berentap dengan pasukan terbaik dari seluruh dunia di dalam World League. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested