Alam Canggih 21 Jun, 2021

Berita Terkini| 5.8j individu terima vaksin Covid-19! 15.4j lengkap daftar untuk divaksinasi!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this


PROGRAM Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) menyaksikan sebanyak 5,815,575 dos pertama dan kedua vaksin sudah diberikan kepada rakyat di negara ini hingga Ahad, 20 Jun 2021.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, daripada jumlah itu, 4.2 juta adalah melibatkan penerima bagi dos pertama, manakala 1.6 juta lagi melibatkan pemberian dos kedua.

“Sebanyak 140,573 dos diberikan sehingga Ahad, 20 Jun 2021 dan 116,514 individu menerima vaksin untuk suntikan pertama manakala 24,059 lagi menerima suntikan kedua,” katanya menerusi Twitter pada Isnin, 21 Jun 2021.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin (JKJAV) menunjukkan lima negeri mencatatkan penerima vaksin tertinggi iaitu Selangor dengan 208,031 diikuti Sarawak (186,008), Johor (167,469), Perak (150,200) dan Kuala Lumpur (141,094).

“Ini dibantu dengan bilangan vaksinasi harian iaitu sebanyak 140,573 dos yang dicatatkan Ahad, meliputi 116,514 penerima suntikan pertama dan 24,059 lagi untuk dos kedua,”ujarnya.

Setakat ini juga, sebanyak 15,426,982 juta rakyat sudah melengkapkan pendaftaran untuk divaksinasi. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

0
0
0
0
0
You will be interested

Kecewa dan mahu tuntut hak! Bekas pekerja Utusan Melayu lancar petisyen! Bayar pampasan petugas!

Kecewa setelah genap 2 tahun tuntutan pampasan tak dipedulikan, 800 bekas pekerja syarikat Utusan Melayu lancar petisyen bagi mendesak agar hak mereka diberikan

Editor 1 in Alam Canggih 1 week ago

Video| Anak lembu dilahirkan keadaan aneh! Punyai 2 kepala, 3 mata! Dianggap suci dan disembah!

Seekor anak lembu yang dilahir dengan punyai dua kepala, tiga biji mata gemparkan orang ramai sehingga jadikan sebuah perkampungan di Odisha jadi tumpuan ramai
Fauzan Uda Ahmad in Alam Canggih 7 hours ago

Program Outreach Pekerjaan Terengganu! Tawarkan isi 800 peluang pekerjaan kepada rakyat negeri!

Warga Terengganu diberi peluang untuk isi 800 kekosongan jawatan menerusi Program Outreach Kesejahteraan Pekerjaan Rakyat Terengganu bagi kurangkan pengangguran
Mohammad Ishak in Alam Canggih 5 days ago

Ramai sudah nak rentas negeri! LPT2 bersiap sedia! 45,000 kenderaan dijangka guna lebuh raya!

Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) siap sedia awal bagi hadapi pertambahan kenderaan bakal meningkat apabila kerajaan umumkan kebenaran perjalanan rentas negeri
Mohammad Ishak in Alam Canggih 6 days ago

Video| Nelayan bakal bergelar jutawan! Temukan muntahan ikan paus atau ambergris bernilai RM5j!

Narong Phetcharaj temukan ambergris atau muntahan ikan paus sperma 30kg bernilai RM5 juta di tepi pantai Niyom Wilayah Surat Thani. Dia tiba-tiba jadi jutawan
Adnan Mohamad in Alam Canggih 1 week ago