Alam & Sains 19 Dec, 2020

Jiran Wanita KRT Bandar Jertih! Bertanding secara alam maya!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

BERAKHIR sudah debaran peserta ketika berhadapan dengan ahli panel penilai Anugerah Perdana Rukun Tetangga (APRT) 2020 peringkat kebangsaan yang berlangsung secara dalam talian yang turut mencatat sejarah pertama kepada Badan Bukan Kerajaan (NGO) bertanding dalam bentuk norma baharu berikutan penularan COVID-19 di negara ini. : KitaReporters


Jiran Wanita KRT Bandar Jertih, Besut ketika sesi penilaian bersama panel penilai di Putrajaya secara dalam talian.


Lagi kisah-kisah berkaitan Jiran Wanita KRT:

https://kitareporters.com/search?search=jiran+wanita


Pengalaman bertanding secara alam maya itu turut dikongsi lima calon peringkat akhir kategori Pengurusan Jiran Wanita yang terpilih mewakili Kawasan Rukun Tetaangga (KRT) seluruh negara berdasarkan keaktifan masing-masing dan penilaian diadakan pada 16 Disember 2020.

Jiran Wanita (JW) KRT Bandar Jertih yang mewakili Terengganu mengadakan sesi penilaian secara maya dengan ahli panel yang berada di Kementerian Perpaduan Negara, Putrajaya turut berkongsi pengalaman pertama mengadakan sesi penilaian melalui kaedah baharu secara dalam talian.


Setiausaha Jiran Wanita KRT Bandar Jertih Rahimah Latif


Setiausaha Jiran Wanita KRT Bandar Jertih, Rahimah Latif berkata, selepas hampir dua bulan jawatankuasanya membuat persiapan debaran itu berakhir selepas selesai sesi sidang video dengan panel penilai.

Katanya, pihaknya beruntung kerana mendapat kerjasama Kolej Komuniti Besut (KKB) yang membantu menyediakan pelbagai kemudahan dan kelengkapan termasuk dewan, peralatan komputer dan sistem komunikasi untuk berinteraksi ketika mengadakan sesi video.


Sesi penilian Anugerah Perdana Rukun Tetangga Peringkat Kebangsaan 2020 pertama kali dilakukan melalui dalam talian.


Beliau berkata, pihaknya juga bangga kerana dalam tempoh 30 tahun Jawatankuasa Jiran Wanita berkenaan ditubuhkan ia masih mampu bersaing dengan rakan-rakan lain yang masih baharu.

Selain Jiran Wanita KRT Bandar Jertih empat lagi yang terpilih ke peringkat akhir ialah JW KRT Flat Seri Kota, Cheras, Kuala Lumpur; JW KRT Pandang Mewah, Ampang, Hulu Langat, Selangor; JW KRT Kampung Baginda, Keningau, Sabah; dan JW KRT Gemas, Negeri Sembilan.


Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Bandar Jertih melaungkan kata-kata semangat "Jiran Wanita Sepakat Sokmo" sebaik selesai sesi pembentangan penilaian


Mengulas lanjut kejayaannya memasuki peringkat akhir anugerah tersebut, Rahimah berkata, kepalbagaian kaum dalam komposisi ahli Jawatankuasa yang terdiri daripada Melayu, Cina, India dan Iban mungkin menarik perhatian penganjur.

Selain itu, katanya, faktor usia KRT berkenaan yang sudah 30 tahun berada di persada negara tetapi masih releven menjalankan pelbagai aktiviti untuk komuniti setempat.


Sepakat melaungkan kata-kata semangat ketika sesi penilian secara alam maya selesai.


Katanya, projek khas melalui jalinan kerjasama dengan agensi luar termasuk Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Lembaga Tabung Haji (TH), Kolej Komuniti Besut (KKB) dan pelbagai jabatan kerajaan juga memberi kesan positif terhadap pelaksanaan pelbagai program sepanjang tahun.

“Pada setiap tahun lebih 50 program dan aktiviti dilaksanakan oleh KRT tersebut meyebabkan pihaknya sentiasa rapat dengan komuniti,” katanya.


Komposisi pelbagai kaum dalam Jiran Wanita KRT Bandar Jertih menjadi contoh kepada masyarakat.


Beliau berkata, dalam tempoh usia melebihi 30 tahun, pihaknya sudah menikmati pelbagai anugerah sama ada pada peringkat daerah, negeri dan kebangsaan dan turut membanggakan ialah seluruh ahli Jawatankuasa yang bekerjasama secara sukarela.

“Pencampaian tersebut satu penghormatan sekali gus membari semangat juang yang tinggi kepada ahli-ahli jawatankuasa untuk terus kekal releven,” katanya. - KitaReporters


Barisan Ahli Jawatankuasa Jiran Wanita KRT Bandar Jertih,Terengganu.

 

8
2
0
1
1
You will be interested