Alam & Sains 02 Jan, 2021

COVID-19: Penduduk Terengganu bimbang! Kes rentas sempadan yang positif virus bertambah - JKNT

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SELEPAS dua hari memasuki tahun baru 2021 Terengganu merekodkan 16 kes baharu COVID-19 iaitu jumlah tertinggi menjadikan 59 kes aktif di negeri ini dengan jumlah keseluruhan sebanyak 355 kes. Pertambahan kes baharu itu yang dicatatkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) pada 2 Januari 2021 itu amat merisaukan penduduk negeri ini berikutan penularan kes dipercayai berpunca daripada aktiviti rentas negeri. : KitaReporters


Status COVID-19 mengikut daerah di Terengganu pada 2 Januari 2020


Lagi laporan-laporan COVID-19 berkaitan JKNT:

https://kitareporters.com/search?search=jknt


Bagaimanapun, kesemua 59 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu (HHT) 55 kes dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) 4 kes. 

Satu kes di ICU HSNZ semalam Jumaat 1 Januari 2021 telah dipindahkan ke wad biasa. 

Daripada 16 kes baharu pada hari ini, Sabtu 2 Januari 2021 adalah kes import dan sembilan merupakan kes penularan tempatan. 

Sehingga 31 Disember 2020, seramai 5,294 individu dari zon merah yang memasuki Terengganu telah berjaya disaring secara sukarela.


 

Taburan kes mengikut daerah di Terengganu pada 2 Januari 2020


Sehingga 2 Januari 2021, Negeri Terengganu mencatatkan 12 zon aktif iaitu Zon Kuning di mukim Bandi (1 kes), mukim Teluk Kalong (1 kes), mukim Abang (6 kes), mukim Atas Tol (1 kes), mukim Pengadang Buluh (1 kes), mukim Bukit Besar (5 kes), mukim Kubang Parit (1 kes), mukim Kuala Ibai (2 kes), mukim Tembila (1 kes), mukim Hulu Besut (4), mukim Bukit Kenak (1 kes) dan mukim Mengabang Telipot (8 kes). 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) Dr Nor Azimi Yunus berkata, hasil saringan tersebut, seramai 25 individu telah disahkan positif COVID-19 dan 17 daripada 495 kontak rapat yang telah dikenal pasti, juga didapati positif  COVID-19.


Dr Nor Azimi Yunus


Katanya, keseluruhannya, jumlah kes COVID-19 yang positif saringan rentas negeri adalah 42 orang sambil menyifatkan ia jumlah yang agak tinggi. 

Beliau berkata, banyak pengajaran boleh diambil daripada kisah rentas negeri ini. 

Sekiranya anda bergejala seperti demam, anosmia dan lain-lain, sila dapatkan pemeriksaan segera di tempat anda dahulu. Dan tangguhkan rentas negeri sehingga status kesihatan anda diketahui. 

 “Sekiranya anda tahu anda berada di kawasan wabak (kluster) COVID-19, anda tahu rakan sekerja sudah dijangkiti COVID-19,  maka tangguhkan dulu rentas negeri. Pergi buat saringan di tempat anda. Bukan larikan diri balik buat saringan di tempat baharu,” katanya.


Pecahan kes COVID-19 mengikut mukim di Terengganu


Dr Nor Azimi berkata, sejak 7 Disember 2020, di mana rentas negeri dibenarkan pada 7 Disember 2021, seramai 4,308 orang pengembara dari zon merah telah datang ke klinik dan hospital negeri ini  untuk dibuat penilaian risiko. 

“Mereka datang dengan sukarela, susulan pengumuman oleh pihak kami. Kami yakin ramai lagi yang tidak datang membuat saringan. Sebab ini hanya nasihat bukan arahan wajib,” katanya. - KitaReporters

2
2
8
0
1
You will be interested