BERMACAM-MACAM isu yang tular dalam media sosial mengenai artis sekarang yang menyuarakan pendapat agar mereka mendapat bantuan yang khusus ekoran pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), di mana ‘periuk nasi’ mereka terjejas kerana tiada kerja hingga membuatkan netizen memberi kritikan negatif terhadap mereka. : KitaReporters
Belum habis isu hangat ini dibincangkan, timbul pula satu lagi isu yang membuatkan lagi ramai orang berasa bengang dan marah kerana usahawan wanita ini yang terkenal dan bertaraf selebriti ini dikatakan telah menghina golongan miskin ketika penularan wabak Covid-19.
Oleh kerana itu, para netizen sedang mengaitkan produk-produk yang dikeluarkan oleh Datin Vivy Sofinas Yusof di atas tindakan beliau.
Gila apa harga stapler RM80?
Tular dalam Twitter menerusi akaun @NasPasir mendedahkan harga sebenar stapler yang dikeluarkan oleh jenama Duck ini.
Ternyata harga yang ditawarkan memang tidak masuk akal langsung.
Harga asal stapler itu hanya RM1.30 melalui aplikasi pembelian dalam talian, namun harganya menjadi RM80 selepas diletak jenama "Duck" pada stapler tersebut.
Rata-rata netizen berasa geram selepas mengetahui harga sebenar stapler ini dan merasakan harga itu tak masuk akal langsung.
Stapler itu ada bunyi itik ke?
Siapa yang bodoh pergi beli?
Rakyat Malaysia senang kena tipu
Semakan netizen pada butiran produk (product description) stapler tersebut menunjukkan bahawa harganya sudah turun dari RM75 ke RM37.50.
Walau bagaimanapun, tiada ciri-ciri istimewa atau luar biasa pada stapler ini yang membuatkan harganya mahal di pasaran. - KitaReporters