Alam & Sains 11 Dec, 2021

Video| POLIMAS ungguli Pertandingan FIRA Roboworld SimulCup 2021! Emas kategori Autonomous Car!

@nur sabrina samsudin
Bergiat cergas dalam bidang kewartawanan sejak dibangku sekolah lagi. email:[email protected]

Share this

 

POLITEKNIK Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, mengungguli Pertandingan FIRA Roboworld SimulCup 2021.


POLITEKNIK Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS) Jitra, mengungguli Pertandingan FIRA Roboworld SimulCup 2021 yang berlangsung di Black Swan, Sao Luis, Brazil pada 1 hingga 7 Disember 2021 lalu.

Pertandingan yang dianjurkan secara hibrid oleh FIRA RoboWorld Cup and Summit di Brazil ini diadakan untuk menguji pengetahuan dan kemahiran peserta dalam penghasilan perisian pintar dan pembinaan robot.

Pertandingan ini melibatkan lapan buah negara iaitu Brazil, Rusia, Korea Selatan, Taiwan, China, Filipina, Indonesia dan Malaysia.

FIRA adalah Federation of International Sports Association atau Kesatuan Persatuan Sukan Antarabangsa yang anjur pertandingan robotik sukan peringkat dunia.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan robot

Keputusan pertandingan yang diadakan.



Penyelaras FIRA Polimas, Sofwan Ramli, 35, yang juga pensyarah jabatan kejuruteraan elektrik ketika dihubungi berkata, penyertaan pasukan ini walaupun ketika negara dan dunia masih dalam suasana pandemik koronavirus COVID-19, namun dengan sokongan daripada pihak pengurusan Polimas, pensyarah dan pelajar akhirnya berjaya meraih tiga pingat sekali gus iaitu emas, perak dan gangsa dalam pertandingan ini.


Peserta sedang membuat persiapan.

“Bagi kategori Autonomous Car yang disertai tiga pelajar dan dua pensyarah dari Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Jabatan Kejuruteraan Elektrik serta Jabatan Kejuruteraan Mekanikal membuahkan hasil apabila pasukan ini berjaya memenangi pingat emas,” katanya.

Pelajar yang mewakili pasukan ini ialah Muhammad Hadif Azri, Muhammad Arif Akmal Saiful Anuar dan Jet Saw Jun Jie manakala pensyarah dan pembimbing ialah Mohd Zul Fahmi Mohd Zawawi , Sofian Yusoff dan Ir Ts Siti Nur Thazliah Mohd Thazali.

Kemenangan meraih pingat emas dalam pertandingan itu juga memberikan kegembiraan kepada Nik Muhammad Faris Nik Mohd Fadzil, Muhammad Eris Shahzan Asmawi, Shazmi Hafiz Shahidan, Muhammad Luqman Zainol dan Ong Kean Tuan bila diumumkan pula pemenang pingat perak dan gangsa bagi kategori Archery dan Triple Jump yang dibimbing oleh Muhammad Khairi Saad, Isham Sahar Ismail dan Siti Maryam Zainol


Peserta sedang bersedia untuk memulakan cabaran dalam pertandingan itu.

Sementara itu Pengarah Polimas, Kamaludin Daud, 56, yang berkongsi kegembiraan di atas kejayaan pelajar-pelajar dan pensyarahnya berharap lebih banyak kemenangan dan pencapaian akan diperolehi pada masa akan datang.

“Saya melihat faktor peralatan dan kemudahan yang terhad untuk penyertaan dalam pertandingan ini bukanlah penghalang bagi mereka mencapai kejayaan,” ujarnya ketika dihubungi.

Dalam masa yang sama, beliau akan terus memberi sokongan dan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam mana-mana jurusan untuk menyertai pertandingan yang difikirkan boleh memberi nilai tambah dan impak besar kepada negara, politeknik serta setanding dengan institusi pengajian (IPT) yang lain. - KitaReporters


Antara pertandingan yang dijalankan.

15
8
0
13
0
You will be interested