Alam & Sains 10 Mar, 2021

Obor-obor di pantai Labuan, Sabah, Terengganu! Air cuka sebagai penawar mudah, segera sengatan

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

SALAH satu spesies obor-obor ataupun ampai-ampai. - Kredit foto: Google


JANGAN sekali mudah mendekati obor-obor yang merupakan spesies biasanya berada terapung-apung di lautan serta di pinggir pantai adalah amat berbahaya kerana sengatannya boleh membawa maut jika mangsa tidak diberi rawatan segera.

Namun air cuka masakan boleh dijadikan sebagai penawar kepada sengat spesies yang juga dipanggil ampai-ampai berbisa itu dengan meletakkan air cuka berkenaan pada bahagian yang terkena gigitan obor-obor itu selama lebih 45  saat.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan obor-obor: 

https://kitareporters.com/search?search=obor-obor

KESAN gigitan obor-obor yang berbisa pada tangan mangsa. - Kredit foto: Google 


Obor-obor yang mengandungi pelbagai spesies, sebahagiannya ketika ini terdapat dengan banyaknya di beberapa pantai di Terengganu serta perairan Sabah yang kesan sengatannya amat membimbangkan. 

Sekiranya ampai-ampai dari spesies yang membahayakan, sengatannya boleh membawa kematian selepas lima minit mangsa terkena sengatan haiwan marin itu berbanding dengan spesies yang sama tetapi kurang berbisa sengatannya boleh menjadikan kulit gatal serta melecuh.

Profesor Madya Dr. B A Venmathi Maran dari Institut Penyelidikan Marin Borneo, Universiti Malaysia Sabah (UMS) berkata obor-obor yang berbisa seperti spesies Portuguese man-of-war dan obor-obor kotak boleh membunuh kepada mangsa.


Dr. B A Venmathi Maran... Kredit foto: varnam.my


KESAN sengatan obor-obor pada kaki mangsa


Beliau berkata sengatan obor-obor kotak itu menyebabkan serangan jantung dan sistem pernafasan terhenti serta kesakitannya yang tidak tertanggung

``Walau bagaimanapun, mangsa yang terkena gigitan hidupan lautan tersebut disyorkan meletakkan air cuka pada bahagian luka itu untuk menyahaktifkan nematosista yang dikeluarkan oleh obor-obor.

``Mereka hanya perlu meletakkan air cuka sahaja dan mereka tidak payah menggosok air cuka itu pada bahagian sengatan itu selain mendapat rawatan segera ke hospital,’’ katanya pada Isnin, 7 Mac 2021.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas bahawa dua remaja lelaki terpaksa dimasukkan ke Hospital Labuan selepas mereka dipercayai disengat obor-obor ketika remaja terbabit berenang di Pantai Miri pada 6 Mac 2021. 

Bagaimanapun kejadian yang berlaku pada pukul 11 pagi itu dilaporkan keadaan dua remaja itu stabil selepas mereka mendapat rawatan di hospital berkenaan.


OBOR-OBOR


Pada tahun 2019, terdapat enam orang disengat obor-obor itu di Sabah dengan kematian seorang daripada mereka membabitkan kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Kota Belud. 

Sebelum pada itu pada 2006, dilaporkan satu kematian akibat sengatan obor-obor melibatkan mangsa di Pulau Sapi, Sabah. 

Dr. B A Vanmathi berkata haiwan laut itu sering didapati dengan banyaknya ketika cuaca panas dan obor-obor yang terdampar di pesisiran pantai dibawa arus ombak akibat tiupan angin kencang. 

Oleh itu, beliau menasihatkan orang ramai terutama pengunjung pantai supaya lebih berhati-hati dengan ampai-ampai yang berada di pantai berkenaan kerana ia berbahaya. 


SPESIES obor-obor


Selain itu, kemunculan obor-obor yang ditemui terdampar di beberapa pantai negeri Terengganu sejak beberapa hari lalu menarik perhatian pengunjung kerana hidupan laut itu yang berwarna biru.

Obor-obor yang dikenali sebagai Velella velella atau ‘by-the-wind sailors’ itu dilaporkan ditemui terdampai di Pantai Pandak Chendering, Pantai Teluk Ketapang dan Pantai Rhu Muda Marang.

Spesis Velella ini mungkin tidak berbahaya kepada orang dewasa, tetapi boleh membahayakan kanak-kanak, kata Pengarah Jabatan Perikanan Terengganu, Zawawi Ali.

Orang awam yang teruja melihat haiwan marin berwarna biru dinasihatkan untuk tidak memegang, menyentuh atau menyimpan spesis ini sama ada yang hidup ataupun telah mati. - KitaReporters


Kredit foto: Google

1
6
2
0
1
You will be interested