Alam & Sains 13 Feb, 2022

Rahsia kejayaan Tili tangkap buaya! Minum air sungai setiap pagi! Buat ritual pada malam Jumaat!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

 

TILI menjulang tayar motosikal selepas berjaya membuang tayar dileher buaya yang ditangkap di Sungai Palu, Sulawasi Tengah, baru-baru ini. - kredit foto : ANTARA


DI SEBALIK kejayaan seorang petani dari Sragen, Jawa Tengah yang berjaya menangkap seekor buaya berkalung tayar motosikal di Sungai Palu, Sulawesi Tengah baru-baru ini, kebanyakan masyarakat tidak ketahui apa yang dilakukan oleh Tili sebelum memasang perangkap haiwan liar itu.

Tili yang berumur 35 tahun itu berjaya menangkap haiwan sepanjang empat meter tersebut di Jambatan 2, Jalan I Ngurah Rai, Kecamatan Palu Selatan pada 7 Februari 2022 lalu.

Sebelum berjaya, dia mengamalkan setiap pagi meminum air Sungai Palu di kawasan buaya itu berada selain setiap malam Jumaat dia juga mengadakan ritual untuk memuja haiwan berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan buaya

Kredit foto : Sindonews.com


Dengan amalan yang dilakukan oleh Tili selama tiga minggu itu yang jarang diketahui masyarakat setempat telah membuahkan hasilnya sehingga kejayaannya dapat menyelamatkan nyawa buaya itu akibat sebiji tayar tersangkut pada lehernya yang telah mengagumkan pihak pemerintah.

Memetik laporan Detikcom pada 8 Februari 2022 lalu, sebelum itu, kerajaan di wilayah itu melalui agensi yang berkaitan telah melakukan pelbagai usaha serta cara yang dijalankan untuk menangkap buaya itu tetapi tidak berhasil.


KELIHATAN sebiji tayar motosikal yang tersangkut pada leher buaya sejak 6 tahun lalu sebelum ia ditangkap oleh Tili pada 7 Februari 2022. - Kredit foto: Sindonews.com


Ia termasuk menggunakan khidmat dua petugas Jabatan Hidupan Liar dari Australia dan Amerika Syarikat iaitu Matthew Nicolas Wright dan Chris Wilson di samping petugas dari Balai Konservasi Sumber Daya Alam (BKSDA) Sulewasi Tengah.

“Usaha yang saya lakukan itu kerana saya bersimpati dengan nasib buaya tersebut selepas saya mendengar khabar tayar motosikal tersangkut pada leher buaya itu sejak 2016 lagi.

“Saya percaya, ketika itu buaya itu masih kecil berbanding sekarang buaya berkenaan semakin besar pasti ada masalahnya selagi tayar itu berada pada tengkoknya yang boleh mengancam nyawa haiwan itu,” kata Tili.


  

MATTHEW Nicolas Wright sedang memasang perangkap untuk menangkap buaya yang berkalung tayar itu pada 11 Februari 2020. - Kredit foto: Kompas.com


Menurutnya, pertolongan yang dilakukan itu atas simpati terhadap buaya itu sehingga dia sanggup berbuat apa sahaja serta rela mengeluarkan wang sendiri sejumlah Rp4 juta untuk membeli ayam, burung merpati, itik dan tali  bagi tujuan tersebut. 

Tili mengaku selama tiga minggu dia perlu untuk menjinakkan haiwan liar itu meskipun buaya itu sudah terkena jerat yang dipasangnya tiga kali tapi terlepas akibat tali putus. 


PERANGKAP buaya yang dipasang oleh kedua-dua petugas hidupan liar dari Austaria dan Amerika Syarikat pada 2020 di Sungai Palu tetapi tidak berhasil. - Kredit foto: Antara News


“Dalam hal ini, saya tidak pernah berputus asa kerana percaya suatu masa nanti saya akan berjaya dapat menangkap buaya itu di samping saya setiap pagi minum air sungai di lokasi buaya itu berada.

“Alhamdulillah, usaha saya berhasil pada sore (petang 7 Februari 2022) selepas perangkap yang saya pasang dengan umpan burung merpati telah dimakannya dan beberapa warga telah membantu saya untuk menarik buaya itu ke daratan,” cerita Tili kepada wartawan. 


TILI bersama warga setempat yang meraikan kejayaannya menangkap buaya tersebut. - kKredit foto : Kompas.com


Kejayaan petani itu yang mengagumkan yang sebelum ini tidak pernah terfikir oleh masyarakat setempat dan pihak tertentu sehingga dia digelarkan ‘jaguh buaya’.

Kebolehan yang luar biasanya tanpa menggunakan peralatan yang canggih untuk menjinakkan haiwan itu melainkan Tili melakukan rahsia yang tersendiri seperti meminum air sungai setiap pagi, ritual  setiap malam Jumaat dan umpan seekor merpati putih telah membuktikan kejayaannya.

“Sebelum itu, saya tidak lena tidur malam pak, saya asyik fikir nak tangkap buaya, kerana apa yang saya lakukan untuk tujuan itu saya tidak bergabung dengan pihak lain kecuali saya berdoa pada tuhan sahaja,” ujarnya lagi.

Buaya tersebut dilepaskan semula ke dalam sungai selepas tayar yang tersangkut pada lehernya dibuang dengan cara digergajikan oleh Tili agar ia dapat hidup dengan sempurna seperti haiwan lain di dalam sungai. - KitaReporters


Kredit foto: Kompas.com

21
10
0
11
0
You will be interested