
Limau purut banyak digunakan oleh kaum India dan Melayu sama ada untuk perubatan atau masakan. - Kredit Foto: Google Image.
Seronok orang duduk di rumah atas tanah (landed house) apatah lagi mempunyai halaman depan serta belakang yang luas. Ruang yang ada, boleh dimanfaatkan sebaik-baiknya seperti menanam pokok-pokok herba, buah dan sayuran. Paling terbaik adalah rumah di kampung kerana mempunyai tanah lebih luas.
Namun, tidak kiralah apa jua jenis rumah asalkan anda mempunyai minat atau hobi bercucuk-tanam. Hendak seribu daya tak nak seribu dalih.
Sungguhpun begitu, tidak semua orang berjaya menanam pokok atau sayuran. Ada yang menjadi dan sebaliknya. Kadang-kadang ada yang tidak pernah berjaya menanam pokok waima pokok cili sekalipun!
Maka, timbullah mitos atau kepercayaan bahawa tentang âtangan panasâ atau âsejuk.

Buat pengetahuan
anda, kepercayaan bahawa tangan panas atau sejuk menyebabkan tanaman tidak
menjadi adalah mitos. Tanaman tidak menjadi disebabkan oleh pelbagai faktor
seperti penjagaan yang tidak betul, keadaan persekitaran tidak sesuai atau
masalah dengan biji benih atau anak pokok itu sendiri. Istilah tangan panas
atau sejuk tidak ada dalam bidang pertanian atau sains.
Menyentuh bab tanaman ini, penulis tertarik dengan satu perkongsian oleh seorang individu dikenali sebagai Afeeq Garden mengenai cara atau tip agar pokok limau purut membesar dengan jayanya.
Selain itu, dia juga berkongsi pelbagai petua atau tip berguna mengenai penanaman pokok dan sayuran dalam akaun TikTok miliknya.

Pokok limau purut sering digunakan dalam masyarakat India dan Melayu sama ada untuk perubatan tradisional atau masakan.
Bahagian paling banyak digunakan ialah daunnya. Ia digunakan untuk menyedapkan masakan dengan aromanya yang harum seperti tomyam dan rendang.

Namun, sekiranya anda tersalah teknik penanaman dan penjagaan, pembesarannya akan terbantut. Justeru, amat penting untuk memastikan penjagaan rapi dan betul.
Jadi rahsianya ialah dengan membuang duri yang ada pada pokok.

âBuang duri-duri di pokok supaya pokok akan cepat membesar. Ini kerana duri-duri akan memakan baja, air dan tenaga yang sangat banyak,â kongsinya.

Perkongsian tersebut mendapat reaksi ramai. Bukan sahaja mengenai pokok limau purut tetapi juga tanaman lain.
Alhamdulillah, ramai sebenarnya yang suka bercucuk-tanam. Cuma, ramai yang tidak menggunakan teknik atau kaedah yang betul sama ada ketika menanam atau proses penjagaan.
Justeru, tidak hairanlah banyak tanaman yang tidak menjadi seperti tidak membesar, tidak berbuah atau berbunga dan lain-lain yang berkaitan.

âMacam mana nak
bagi daun ia besar?â tanya salah seorang netizen dan kemudiannya dijawab oleh
Afeeq.
Manakala seorang
lagi netizen menggesa agar jangan dibuang duri tersebut kerana ia berguna
apabila ada gangguan makhluk halus.
âYang berilmu pasti
takkan buang duri tu sebab ada guna apabila ada gangguan makhluk halus,â
katanya.
