Alam & Sains 16 Feb, 2023

Hati-hati! Hanya 355 daripada 526 Mesin Jual Air di Terengganu ada lesen! JKNT ambil tindakan tegas!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: adnan580218@gmail.com

Share this

Kredit foto : JKNT


HANYA 355 buah daripada 526 buah mesin jual air (MJA) yang menjalankan perniagaan di seluruh Terengganu didapati mematuhi arahan dan mempunyai lesen yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). 

Angka itu diperolehi, selepas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengadakan Operasi Khas Sita MJA di negeri itu sepanjang 2022 lalu yang berjaya menyita sebanyak 171 buah MJA bernilai lebih RM2 juta akibat beroperasi tanpa lesen.


Lagi cerita-ceruta menarik berkaitan 


Kredit foto : JKNT


Pengarah JKNT, Datuk Dr. Kasemani Embong berkata, pemilik MJA terbabit yang menjalankan perniagaan tanpa lesen KKM adalah melakukan satu kesalahan di bawah Peraturan 360C (4) Peraturan-Peraturan Makanan 1985. 

Beliau berkata, mereka yang melakukan kesalahan tersebut boleh dikenakan kompaun serta merta sebanyak RM2,000 atau berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 ataupun dua tahun penjara.  

Menurut beliau, pemilik MJA yang melakukan kesalahan itu  telah diarah untuk membuat permohonan lesen itu di JKNT melalui  Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM) bagi mengelakkan mesin mereka terus disita.  



``Setiap peniaga MJA perlulah mendapatkan kelulusan dan lesen berkenaan sebelum mereka memulakan perniagaan.

``JKNT akan sentiasa mengadakan operasi itu setiap masa bagi memastikan tuan punya MJA tidak engkar arahan yang dikeluarkan itu,’’ katanya di laman Facebook JKNT pada 14 Februari 2023.

Dr. Kasemani berkata, para peniaga MJA yang belum menpunyai lesen itu dinasihatkan supaya mengambil lesen tersebut mulai sekarang kerana pihaknya tidak akan bertolak ansur terhadap mereka yang terus degil untuk berbuat demikian. - KitaReporters


Kredit foto : JKNT

9
13
1
10
0
You will be interested