Alam & Sains 13 May, 2024

Minat bercucuk tanam? Nak cari anak pokok? Cari Ghazali @ Li Cabai! Satu anak pokok hanya RM1 sahaja!

Share this

Antara anak pokok yang dijual RM1


Ghazali Abdullah


SATU anak pokok hanya RM1. Sangat harga rahmah. Bagi yang suka bercucuk tanam, pastinya "kelabu mata" apabila berada di nurseri milik Ghazali Abdullah, 57.

Ghazali atau lebih dikenali sebagai "Li Cabai" ini tinggal di Rancangan Perumahan Awam (RPA) Chuping, Perlis. Bahagian tepi rumah yang dijadikan sebagai nurseri tak pernah sunyi daripada pengunjung.

Anak pokok harga RM1 terdiri dari pelbagai jenis cili, tomato, pelbagai jenis terung, kacang bendi dan juga kobis.

Bagaimanapun ada juga dijual anak benih pokok lain seperti betik, pelbagai jenis limau, amra, jambu dan petai.


Ghazali menunjukkan hasil semaiannya dengan menjual anak pokok hanya RM1 di RPA Chuping, Perlis


Selain itu beliau juga menjual baja tanaman yang dihasilkan sendiri.

"Baja cecair hijau ini mendapat permintaan tinggi kerana yang telah biasa menggunakannya akan ulang membeli," katanya.

Ghazali berkata, beliau turut menjual tanah yang cukup kandungan mineralnya bagi tanaman membesar dan mengeluarkan hasil yang terbaik.

Menceritakan bagaimana beliau terlibat di dalam bidang ini, Ghazali berkata, ia adalah hasil daripada bantuan dan kerjasama dengan Jabatan Pertanian Perlis.

Pada mulanya beliau mengusahakan tananan kontan termasuk tanaman cabai (cili).

"Saya tanam cili selama 12 tahun dan daripada pengalaman ini dijadikan sebagai panduan bagi meningkatkan kualiti dan hasil," katanya.


Ghazali juga menghasilkan baja cecair sendiri untuk dijual


Ghazali menceritakan dia mula terlibat dalam bidang semaian anak-anak pokok ini juga daripada projek Bumi Hijau oleh Jabatan Pertanian.

Semenjak itu beliau mula berminat untuk menjadikan bidang semaian anak pokok ini sebagai hasil pendapatannya.

Bagaimanapun beliau tetap menjadikan tepi rumah sebagai tapak jualan anak pokok sejak tinggal di RPA Chuping.

"Sebenar saya ada tempat khas di lokasi lain untuk menyemai anak pokok sebelum sesuai untuk dijual," katanya.

Ghazali memberitahu setakat ini peniagaan anak pokok dihasilkan juga dibeli oleh peraih yang menjual di Nat (Pasar Sehari) dan juga Pasar Tani di sekitar Perlis dan Kedah. - KitaReporters


Ghazali turut menjual tanah bagi kemudahan pengunjung melengkapkan usaha bercucuk tanam mereka.

11
11
0
15
0
You will be interested