Alam & Sains 16 Feb, 2021

COVID-19: Besut penyumbang terbesar kes kematian di Terengganu! Beberapa kluster masih aktif

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

DR Nor Azimi Yunus (Dua dari kanan) ketika meninjau di Projek Tapak Bina TNB, Kuala Berang, Hulu Terengganun yang dikenakan PKPD.


Daerah Besut, menyumbang kes kematian tertinggi di Terengganu apabila lima daripada lapan kes kematian akibat COVID-19 direkodkan  di negeri itu sejak penularan pandemik hingga 15 Februari 2021.

Terkini daerah itu mencatat seramai 512 kes pandemik COVID-19 manakala bilangan kes pada tahun 2021 adalah seramai 477 dengan 4 kematian.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Besut:

https://kitareporters.com/search?search=besut


Dr Nor Azimi Yunus


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Nor Azimi Yunus berkata, kes COVID-19 di daerah tersebut bertebar membabitkan semua mukim.

Malah terdapat beberapa kluster di Besut yang masih aktif yang menyumbang kepada peningkatan kes mendadak ini. 

Katanya, antara kluster terbabit ialah Kluster Gong Nering dengan 43 kes (3 kes baru) dan kontak rapat seramai 260 orang, Kluster Jalan Kubur Darau dengan 30 kes dan kontak rapat seramai 131 orang dan Kluster Kg Tandak dengan 30 kes dan kontak rapat seramai 249 orang. 

Beliau berkata, terdapat dua kluster besar yang baru didaftarkan pada 15 Februari 2021 iaitu Kluster Pengkalan Teras.


Kluster ini membabitkan indeks yang bekerja sebagai penjual kuih di sebuah pasar dan telah menjangkiti seramai 17 ahli keluarga dan 4 orang pengedar kuih yang mengambil kuih beliau untuk dipasarkan. 

Katanya, cuba lihat bagaimana COVID-19 boleh disebarkan hanya dengan berjualan kuih sahaja.



“Jangan salah faham bukan virus COVID-19 dari kuih yang menjangkiti individu lain, tetapi adanya aktiviti duduk rapat-rapat sambil bersembang dengan jarak dekat semasa urusan jualan kuih dan urusan menyediakan kuih muih itu yang menyebabkan berlakunya penularan kes. Apalagi kalau kurang pematuhan SOP,” katanya menerusi catatan Facebook pada Isnin 15 Februari 2021. 

Katanya, urusan jualan ini juga pasti ada aktiviti rapat-rapat bagi tujuan pembungkusan dan sebagainya. 

Justeru, tambahnya, jangan pandang ringan keupayaan kebolehjangkitan COVID-19. 

Terkini, katanya,  29 kes (5 kes baru) dan 239 kontak rapat berjaya dikesan. 

Menerusi kluster Guntung Dalam yang membabitkan indeks yang berasal dari Setiu dan merupakan pekerja di sebuah syarikat jualan di Besut.

Ketika ini lebih 2,000 penduduk empat kampung di Mukim Pasir Akar, Hulu Besut iaitu Kampung Darau, Awek, Lepang Kejur dan Padang Baloh dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 14 Februari sehingga 27 Februari 2021. 

Sehubungan itu, beliau menasihatkan semua warga Besut khasnya diminta kekalkan kepatuhan SOP dan kawalan pergerakan. Ini sahaja yang mampu untuk mengekang penularan wabak COVID-19 buat masa ini sehinggalah proses vaksinasi selesai. - KitaReporters


Pasukan keselamatan memasang kawat duri di jalan tikus Kampung Padang Baloh, Hulu Besut bagi mengekang penduduk keluar masuk berikutan pelaksanaan PKPD.

 

5
4
5
3
2
You will be interested