Alam & Sains 24 Apr, 2020

TIADA KES: 5 DAERAH DI GANU TURUN ZON HIJAU!!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this
DOA rakyat Terengganu ingin melihat kes COVID-19 negeri itu menurun semakin menjadi kenyataan apabila tiada kes baharu wabak berkenaan dalam tempoh 14 hari dilaporkan berlaku sehingga Jumaat, 24 April 2020. Susulan ketiadaan kes dalam tempoh ditetapkan lima daerah daripada lapan daerah di Terengganu layak diisytiharkan zon hijau apabila tiada kes baharu koronavirus (Covid-19). : KitaReporters 

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Nor Azimi Yunus


Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT), Dr Nor Azimi Yunus berkata, daerah terbabit adalah Hulu Terengganu, Marang, Kuala Nerus, Setiu dan Kemaman.

Katanya, daerah Dungun dan Besut masih diletakkan dalam kategori jingga.

Bagaimanapun, Hulu Terengganu mengekalkan rekod satu-satunya daerah yang mencatatkan sifar kes Covid-19 setakat ini. 

"Apabila tiada kes dalam tempoh 14 hari, kita boleh katakan Covid-19 di daerah berkenaan sudah berakhir, katanya.

Namun begitu, beliau berkata, mereka masih perlu memberikan kerjasama dengan mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana kita tidak mahu ia bertukar ke zon kuning, jingga atau merah. 

Taburan kes COVID-19 mengikut daerah di negeri Terengganu sehingga jam 12.00 tengah hari Jumaat (24 April 2020). - Kredit grafik: FB Jabatan Kesihatan Teerengganu


"Bagi pihak JKNT, saya mengucapkan tahniah kepada warga Terengganu yang memberikan kerjasama yang baik sehingga berjaya menjadikan daerah mereka zon hijau," katanya pada sidang media pada hari ini, Jumaat, 24 April 2020.

Dr Nor Azimi turut menasihatkan penduduk di Terengganu supaya terus mempraktikkan amalan sentiasa membasuh tangan menggunakan sabun dan air atau cecair pembasmi kuman (sanitizer). 

Beliau berkata orang ramai juga diminta meneruskan amalan penjarakan sosial dan keluar rumah hanya jika mempunyai urusan penting sahaja.

Laporan status COVID-19 di negeri Terengganu pada Jumaat (24 April 2020). - Kredit grafik: FB JKNT

"Sekarang kita akan memasuki fasa keempat PKP dalam usaha memerangi Covid-19 dan Insya-Allah, kita akan berjaya jika semua pihak terus memberikan kerjasama yang terbaik,” katanya.

Berdasarkan laporan statistik terkini Covid-19 yang dikeluarkan Bilik Gerakan Bencana Negeri Terengganu, sebanyak 110 kes positif Covid-19 dilaporkan di Terengganu dengan 54 kes sudah sembuh dan satu kematian direkodkan.

Katanya, masyarakat juga diminta meneruskan penjarakan sosial dan keluar rumah hanya jika mempunyai urusan penting sahaja. 

"Pihak JKNT ingin mengucapkan tahniah kepada semua warga Terengganu yang memberikan kerjasama yang baik seterusnya berjaya menjadikan daerah mereka zon hijau,” katanya. - KitaReporters

10
3
0
0
0
You will be interested