Alam & Sains 11 Jul, 2020

Model ulang tahun! Saga hitam jalur kuning dampak gemilang!

@amil abdullah saiby
Berkhidmat di Utusan Melayu(M)Berhad selama 35 tahun,Jawatan terakhir disandang ialah Pegawai Penyelidik Kanan Jabatan Editorial Utusan. Pengalaman: Wartawan sambilan di Mingguan Timur,Utusan Malaysia dan Kosmo. Penulis buku "coffeetable" Transformasi

Share this

KEHEBATAN “Saga” tiga generasi tetap diminati orakyat Malaysia, walaupun kini sudah menginjak usia tahun ke-35 pengeluarannya. Ilham anak watan, Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadikan projek kereta nasional pertama negara berjaya bertahan sehingga hari ini. : KitaReporters


Kedengaran kata-kata sinis dan desas-desus meniti dari bibir ke bibir orang ramai sebelum ini mengatakan syarikat automotif nasional ini bakal berkubur ekoran lambakan kemasukan kereta-kereta import yang lebih menarik dan memiliki teknologi terkini.

Kejayaan keluarga Saga




Syarikat Proton (Perusahaan Otomobil Nasional Sdn. Bhd) atau Proton Holdings, hari ini melancarkan model terbaharu edisi khas berwarna hitam, dan disulami warna kuning eksklusif (keemasan) sempena sambutan ulang tahunnya (pelancaran model baharu) sejak lebih tiga dekad lalu.

Detik bersejarah berulang lagi, apabila Proton Saga edisi khas dengan penampilan berani, garang dan menawan berjaya meneruskan legasi kegemilangannya bagi kenderaan kelas subkompak dalam kategori segmen A (maksimum panjang 3,700 mm dan maksima lebar 1,700 mm).

Ia masih mengekalkan DNA Saga Premium AT (2019) dengan harga “kasih sayang” bermula pada harga RM39,300 iaitu harga mampu milik.

Lebih menarik lagi ia dilengkapi dengan penapis kabin N95 hanya terdapat pada model Proton X70.  

Bagi pembeli yang menitikberatkan aksesori, turut diberi dalam pakej komprehensif ini, termasuk “front skirting”, ”side skirting”, ”door visor”, ”hood insulator”, ”trunk lid cover” dan “boot tray” yang bernilai RM2,035.

Model edisi khas ulang tahun ke-35 ini hanya terhad pengeluarannya kepada 1,100 unit sahaja. - KitaReporters

1
0
0
0
0
You will be interested