Alam & Sains 29 Apr, 2022

Keluarga Malaysia: Pertubuhan Besut Maju terus cakna! 5 tahun santuni masyarakat setiap Ramadan!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.-komunitimadanijertih@gmail.com

Share this


MESKIPUN Ramadan 1443H sudah hampir ke penghujungnya, namun masih banyak Badan Bukan Kerajaan (NGO) mengambil peluang untuk menunaikan tanggungjawab sosial dengan menyantuni masyarakat terutama membantu golongan yang kurang bernasib baik.

Kesedaran pemimpin NGO untuk turun padang bagi memberi sumbangan dan bantuan kepada masyarakat adalah satu usaha yang patut diberi pujian terutama pada bulan Ramadan ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan usaha-usaha NGO

Hazemin Mat Yusof (tengah) bersama Ahli Jawatankuasa Besut Maju menyampaikan sumbangan kepada anak yatim Asrama PERKAYA Besut


Pertubuhan Besut Maju (Besut Maju) adalah antara badan sukarela yang kerap mengambil cakna dan peduli komuniti apabila setiap tahun pada bulan Ramadan mereka tidak pernah melupakan menghulurkan sumbangan dan bantuan.

Program Cakna Ramadan pada tahun 2022 ini memberi fokus kepada kehidupan anak-anak yatim yang tinggal di Asrama Anak Yatim PERKAYA Besut, Terengganu.


Hazmin Mat Yusof


Timbalan Pengerusi Besut Maju, Hazmin Mat Yusof berkata, melalui program tersebut seramai 82 anak yatim yang tinggal di asrama tersebut diberi sumbangan dan bantuan bagi persiapan menyambut Aidilfitri.

Katanya, tahun ini merupakan tahun kelima Pertubuhan Besut Maju menyalurkan bantuan melalui misi program cakna Ramadan kepada pelajar asnaf anak yatim di asrama PERKAYA Besut, Terengganu. 

“Misi sumbangan tersebut adalah hasil sumbangan ahli persatuan yang sentiasa bermurah hati membuat sumbangan ikhlas untuk membantu golongan yang memerlukan,” katanya.


Hazmin menyampaikan sumbangan kepada seorang warga emas di Kampung Tembila, Besut


Beliau berkata, pada tahun 2022 ini pihaknya berjaya mengumpul sebanyak RM10,703 untuk disumbangkan kepada golongan asnaf. 

“Hasil daripada wang terkumpul itu, kami dapat membeli pelbagai barang keperluan bagi 100 keluarga dan juga memberi wang tunai kepada 82 orang pelajar anak yatim di asrama PERKAYA,” katanya.

Hazmin berkata, pihaknya juga turut menjalin kerjasama dengan Persatuan Pesara Kerajaan Malaysia (PPKM) Cawangan Daerah Besut untuk menyalurkan sumbangan dan bantuan kepada penduduk daerah Besut yang memerlukan bantuan. - KitaReporters


Hazmin turut menyantuni pesakit terlantar

10
10
1
13
0
You will be interested