Alam & Sains 24 Mar, 2022

Ke arah negara bebas kanser serviks! Yayasan Rose bantu kesan awal virus HPV! Ada kaedah kendiri!

@kartini mohd noor
Pernah berkhidmat sebagai 1. Stringer Berita Harian 2. Wartawan Berita Harian 3 . Penyunting Harian Metro 4. Grup Editor Majalah IBUBAPA

Share this

Sebahagian daripada wanita tunggu giliran untuk swab HPV


LEBIH 17,000 wanita sudah menjalani saringan kanser serviks menggunakan ujian Human Papilloma Virus (HPV) bagi mengesan sel barah itu pada peringkat awal agar usaha menetapkan matlamat menjadikan Malaysia sebagai antara negara pertama di rantau Asia Tenggara yang bebas daripada kanser serviks.

Tambahan pula dengan menggunakan kaedah terkini pengumpulan sel HPV yang boleh menjadi punca kanser serviks memberi alternatif kepada wanita untuk membuat ujian kendiri dan segala maklumat mengenai keputusan itu akan disalurkan terus melalui SMS peribadi.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan yayasan

Kathleen Yap, Outreach Lead Yayasan Rose


Outreach Lead Yayasan Rose, Kathleen Yap, berkata mereka menjalin kerjasama rapat dengan ahli undangan negeri, ahli Parlimen dan pertubuhan bukan kerajaan dan badan-badan yang berkaitan untuk menyediakan perkhidmatan saringan supaya golongan sasaran B40 tercapai.

Beliau memberitahu setakat ini sambutan sangat menggalakkan daripada wanita dan kira-kira enam hingga tujuh peratus daripada 100 wanita yang menjalani saringan itu didapati ada virus HPV positif.

Satu kenyataan Kementerian Kesihatan menyebut virus HPV adalah virus yang menyebabkan jangkitan pada kemaluan lelaki dan juga lapisan pangkal rahim wanita. Terdapat pelbagai jenis virus ini termasuklah jenis 6 dan 11 yang banyak menyebabkan ketuat pada kemaluan. 70% daripada barah pangkal rahim disebabkan oleh virus HPV jenis 16 dan 18.



Kathleen turut memberitahu bagi mencapai matlamat menjadikan negara ini bebas kanser serviks itu, sukarelawan 'turun padang' menimbulkan kesedaran kepada masyarakat. Melalui Program Rose HPV PCR ujian kendiri itu juga dapat membantu wanita mengatasi halangan pemeriksaan kesihatan disebabkan pandemik Covid-19.

Caranya kata beliau ialah dengan membawa saringan HPV terus ke ambang pintu komuniti yang kurang disaring dan kurang berkemampuan. Ujian pensampelan sendiri HPV PCR disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk pemeriksaan kanser serviks. 

"Di Program Rose, kami bertuah kerana menjadi sebahagian daripada gerakan Malaysia ke arah penghapusan kanser serviks," katanya. 


​Catat maklumat di tabung uji sebelum diserahkan kepada penggunanya.


Dalam satu kenyataan lain, Yayasan Rose dilancarkan pada tahun 2019 sebagai sebuah syarikat yang dijamin sebagai asas kebajikan di Malaysia dan adalah usaha sama antara Universiti Malaya dan Australian Centre for the Prevention of Cervical Cancer (dahulunya VCS, Victorian Cytology Service Inc.). 

Yayasan Rose juga mengendalikan Makmal Rose untuk menyediakan perkhidmatan saringan serviks menggunakan ujian HPV.

Untuk mencapai matlamat ini, Program Rose (Removing Obstacles to Cervical Screening) telah ditubuhkan di bawah Yayasan Rose dan telah dilancarkan pada 14 Januari 2019 oleh bekas Timbalan Perdana Menteri dan bekas Menteri Wanita dan Keluarga, Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.


Maklumat pengguna perlu untuk kemudahan menghantar SMS


Kementerian Kesihatan juga bergerak ke arah membanteras kanser serviks di Malaysia, dan Program Rose memainkan peranan yang penting dalam mempercepatkan proses tersebut.

Kathleen berkata yayasan menyebarkan pengetahuan kepada hampir semua masyarakat mengenai kaedah mengesan HPV dengan lebih mudah itu bagi menghilangkan rasa takut wanita untuk tampil membuat pemeriksaan secara konvensional yang dikatakan 'menyakitkan'.

Dan pemberian vaksin kepada remaja-remaja bertujuan untuk mencegah daripada berlakunya barah pangkal rahim semasa dewasa kelak.

Di negara ini, vaksin diberikan semasa di tingkatan 1 dan sekiranya berusia 13 tahun gadis akan menerima vaksin HPV dengan percuma di Klinik Kesihatan.

Ibu bapa boleh memilih untuk memberikan vaksin ini kepada anak remaja perempuan mereka. Terdapat isu-isu etika dan moral yang terlibat, terutama masih terdapat cara-cara lain yang dapat menghindarkan daripada dijangkiti kuman HPV ini. - KitaReporters


Tabung Uji simpan sel yang dicoret dari pangkal rahim wanita

15
13
0
17
0
You will be interested