Alam & Sains 18 Mar, 2020

COVID-19: 60 JEMAAH MASJID DIARAH DIPERIKSA!!!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

“MAKLUMAN segera.. dengan perintah Jabatan Kesihatan Daerah Besut, semua jemaah tetap Masjid An Nur, Pulau Panjang, perlu pergi buat pemeriksaan COVIC-19 di Pusat Kesihatan Padang Luas, dengan segera kerana kita disabit sebagai kontak pesakit.” Begitulah mesej yang disampaikan oleh Pengerusi Masjid itu, Ibrahim Mahmud. : KitaReporters

Mesej yang tular dalam media sosial meminta jemaah tetap Masjid An Nur Pulau Panjang diminta datang ke klinik kesihatan untuk pemeriksaan COVID-19


Mesej itu tersebar menerusi aplikasi WhatsApp dan Facebook pada pagi Rabu, 18 Mac 2020, yang menyeru jemaah tetap yang mendirikan solat di masjid itu segera pergi membuat peperiksaan segera kerana pihak Jabatan Kesihatan Daerah Besut mengesan ada kes COVID-19 dalam kalangan jemaah terbabit.

Ibrahim berkata, beliau sendiri menghantar mesej berkenaan kepada group WhatsApp penduduk dan Jemaah kerana dimaklumkan oleh pihak Jabatan Kesihatan berhubung kes berkenaan dikesan berlaku di masjid itu.

Pengerusi Masjid An Nur Pulau Panjang, Ibrahim Mahmud.


Katanya, ini berikutan seorang imam masjid itu berusia 60 tahun telah disahkan positif COVID-19 selepas mendapat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Padang Luas, Jertih petang Selasa, 17 Mac 2020.

Beliau berkata, lelaki terbabit dipercayai sebelum ini pernah mengikuti aktiviti ahli tabligh di Masjid Seri Petaling, Selangor.

“Sekurang-kurangnya ada 60 jemaah tetap mengerjakkan solat waktu di masjid itu dan mereka hendaklah mematuhi arahan pihak berkuasa pergi ke klinik bagi mengelak kejadian tidak diingini berlaku,” katanya ketika ditemui.

Masjid An Nur Pulau Panjang, Jertih kini dipantau oleh Pejabat Kesihatan Daerah Besut


Sehubungan itu, katanya, kakitangan Pejabat Kesihatan Daerah Besut tekah membuat pembersihan dan menyembur ubat pembunuh kuman di dalam masjid pada jam 11.00 pagi ini (18 Mac 2020).

Petugas kecemasan Pejabat Kesihatan Daerah Besut membuat semburan mematikan kuman di dalam Masjid An Nur, Pulau Panjang, Jertih.


Berikutan penularan kes COVID-19 berkenaan, penduduk daerah Besut telah mengambil sikap berjaga-jaga dan tidak keluar rumah kerana bimbang dengan keselamatan diri.

Keadaan di bandar Jertih kelihatan lengan dan kebanyakan kedai menutup operasi masing-masing sebagai mematuhi arahan kerajaan.

Manakala beberapa pusat pelancongan terkenal di daerah ini termasuk di Pulau Perhentian, Air Terjun Lata Tembakah, Kolam Air Panas La dan Bukit Keluang juga tidak dikunjungi pelancong.

Kerajaan Negeri Terengganu memasang bilboard mengandungi doa sebagai peringatan kepada rakyat negeri itu mengenai Covid-19. 


Dalam perkembangan lain, kerajaan negeri turut memasang bilboard yang mengandungi peringatan doa di beberapa tempat strategik di negeri ini bagi mengingatkan orang ramai mengenai bahaya COVID-19, selain berdoa supaya wabak berkenaan tidak menular dengan serius di negeri ini. - KitaReporters

6
0
9
1
0
You will be interested