Alam & Sains 09 May, 2021

COVID-19: Penduduk bakar penghadang jalan tikus! Ini perbuatan melampau, tak bertanggungjawab!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Kon plastik yang diletakkan di sempadan Besut-Pasir Puteh,Kelantan dibakar pihak tidak bertanggungjawab. - Kredit gambar: IPD Besut


SIKAP tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang membakar kon penghadang jalan tikus yang dipasang untuk menghalang pergerakan keluar masuk penduduk di sempadan Besut-Pasir Puteh, Kelantan sudah sampai ke tahap yang melampau apabila mereka sanggup membakar kon tersebut.

Pihak berkuasa terpaksa meletakkan penghadang tersebut di laluan lorong tikus tersebut bertujuan untuk mengekang orang ramai merentasi sempadan kedua-dua negeri terbabit sebagai langkah untuk memutuskan rantaian jangkitan pandemik COVID-19 apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan di kedua-dua negeri berjiran itu.


Lagi cerita-cerita berkaitan jalan tikus 

Abdul Rozak Muhammad


Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, perbuatan pihak tidak bertanggungjawab itu amat mengecewakan serta menyedihkan kerana masih ramai masyarakat tidak faham dengan situasi semasa penularan COVID-19 yang terus meningkat dalam kalangan komuniti.

Katanya, tindakan merosakkan penghadang tersebut dianggap satu protes terhadap tindakan pihak berkuasa yang ingin membendung penularan COVID-19.

“Agak malang ada individu yang tidak bertanggungjawab sanggup membakar penghadang plastik dan merosakkan kawat duri yang dipasang di kawasan sempadan tersebut,” katanya.


Kon plastik yang dipasang di jalan tikus sempadan Besut-Pasir Puteh, Kelantan dirosakkan oleh pihak tidak bertanggungjawab


Abdul Rozak berkata, perbuatan itu seolah-olah mereka memberontak kerana "laluan tikus" yang biasa mereka lalui telah pun ditutup sepenuhnya di sempadan berkenaan.

Berikutan itu, katanya,  Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Besut bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Besut telah meletakkan penghadang konkrik bagi memastikan laluan ini tidak dialihkan pada masa akan datang.

Sebelum ini, ada 15 lorong tikus menghubungkan penduduk kedua-dua negeri itu, tetapi jumlah itu bertambah kepada 26 lorong tikus yang dibina penduduk terutama untuk laluan pejalan kaki dan motosikal bagi tujuan rentas negeri.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan dengan kejadian merosakkan harta kerajaan, boleh terus menghubungi bilik gerakan IPD Besut ditalian 09-6959999. - KitaReporters

Kerja-kerja mengantikan kon konkrik dilaluan lorong tikus sempadan Besut-Pasir Puteh,Kelantan  selepas kon plastik dibakar pihak tidak bertanggungjawab.

3
8
3
6
9
You will be interested