Alam & Sains 23 Nov, 2020

Aplikasi i-Sinar palsu! KWSP gesa pencarum tak mudah percaya

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

DALAM Belanjawan 2021 yang diumumkan pada 6 November 2020, kerajaan memperkenalkan program i-Sinar bagi pengeluaran duit dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Sebelum ini, rakyat Malaysia telah diberi kemudahan bagi inisiatif i-Lestari dengan pengeluaran wang KWSP sebanyak RM500 sebulan bagi membantu meringankan beban kewangan setelah negara kita dilanda wabak COVID-19. : KitaReporters


Berhati-hati agar tidak terpedaya dengan aplikasi-aplikasi i-Sinar palsu seperti ini.


Lagi kisah-kisah berkaitan KWSP:

https://kitareporters.com/search?search=kwsp


I-Sinar dijangka akan menguntungkan dua juta ahli KWSP dengan anggaran jumlah dana pendahuluan sebanyak RM14 bilion 

untuk disalurkan kepada rakyat yang layak.

Berita ini sedikit sebanyak memberi nafas lega kepada rakyat yang terkesan serta berdepan dengan saat-saat getir akibat kehilangan pekerjaan dan sebagainya.



Namun, dalam keadaan getir ini, ada sesetengah pihak tidak bertangggungjawab menangguk di air keruh apabila sanggup menggunakan taktik kotor untuk menipu orang ramai yang terdesak.

Mereka mula mewujudkan aplikasi palsu berkenaan i-Sinar untuk mencuri data peribadi orang ramai.

Hal ini didedahkan oleh KSWP dalam akaun media sosial rasmi milik mereka. Menurut KWSP, mereka tidak pernah melantik pihak ketiga untuk menguruskan pengeluaran KWSP bagi pihak ahli KWSP. 



Tegas KWSP, buat masa ini, tiada aplikasi yang telah dibangunkan untuk meminta maklumat ahli berkenaan permohonan i-Sinar.

Muat turun serta daftar aplikasi i-Akaun KWSP dan lakukan semakan serta transaksi secara dalam talian hanya melaluinya.

Aplikasi-aplikasi mobil ini dibangunkan oleh pihak tidak bertanggungjawab yang ingin mengambil kesempatan atas ahli KWSP yang ingin tahu mengenai pengeluaran i-Sinar.

Justeru, KWSP menyeru kepada orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dan percaya dengan aplikasi-apliksi palsu tersebut.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab sudah mula membangunkan aplikasi mobil untuk mengambil kesempatan ke atas ahli yang ingin tahu tentang pengeluaran i-Sinar. Jangan terpedaya!,” tulis kenyataan tersebut dengan disertakan info grafik.


1
0
0
0
0
You will be interested