Alam & Sains 13 Nov, 2020

Terengganu lega! Tiada kes baharu COVID-19 direkodkan 12 Nov

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

SELEPAS masuk hari keempat penduduk Terengganu berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), tiada kes baharu pandemik COVID-19 dilaporkan berlaku dalam kalangan penduduk negeri itu. Sama ada secara kebetulan atau disebabkan kepatuhan penduduk Terengganu terhadap PKPB yang berkuat kuasa pada 9 November 2020 hingga  6 Disember 2020, ia sememangnya melegakan rakyat negeri  berkenaan. : KitaReporters


Petugas Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu turun di lapangan membuat saringan COVID-19 di Ketengah Jaya, Dungun


Lagi kisah-kisah berkaitan :


Sebaliknya, dalam tempoh sama Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah merekodkan pertambahan tiga kes sembuh dan tiada kes baharu COVID-19 menjadikan terdapat 28 kes COVID-19 aktif di Negeri Terengganu dengan jumlah keseluruhan kekal sebanyak 225 kes. 

Kesemua 28 kes aktif berada dalam keadaan stabil dan dirawat di wad biasa yang dikhaskan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Hulu Terengganu dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.


Status COVID-19 yang direkodkan di Terengganu pada 12 November 2020


Pengarah JKNT, Dr Nor Azimi Yunus berkata, tiga kes sembuh tersebut semuanya berkaitan dengan Kluster Makeker dan masing-masing dua dari Mukim Rasau, Dungun dan satu dari Mukim Manir, Kuala Terengganu. 

Katanya, secara keseluruhannya, hanya terdapat dua zon yang masih aktif di Terengganu iaitu Zon Kuning di Mukim Rasau, Dungun dan Mukim Rusila, Marang.


Pengarah JKNT Dr Azimi Yunus


Sehingga 12 November 2020, jumlah keseluruhan kes aktif (sedang dirawat) di Mukim Rasau adalah sebanyak 13 kes. 

Walaupun jumlah kes aktif terus berkurangan dan tiada pertambahan kes baru selama empat  hari berturut-turut, penduduk terutama di Kawasan Gugusan Felda Kerteh, Ketengah Jaya diingatkan supaya tidak merasa selesa dan sentiasa meneruskan langkah berjaga-jaga. 

Dr Nor Azimi berkata, bagi mereka yang mempunyai sebarang gejala jangkitan saluran pernafasan seperti demam, sakit tekak, batuk, selsema dan hilang deria bau (anosmia) diminta untuk segera hadir ke Klinik Kesihatan Ketengah Jaya atau mana-mana klinik kesihatan berhampiran bagi menjalani saringan oleh petugas kesihatan.


Dr Nor Azimi (dua dari kiri) mendengar laporan COVID-19 dari Pegawai JKNT


Di Negeri Terengganu Kluster Makekar yang didaftarkan pada 25 Oktober 2020 adalah yang paling aktif  merupakan kluster tempat kerja dan dikenal pasti di Mukim Rusila, Marang. 



“Kluster ini melibat kes berasal dari Mukim Rusila, Alor Limbat dan Pulau Kerengga di Marang, Mukim Kepong, Paloh, Manir dan Chabang Tiga di Kuala Terengganu, Mukim Rasau, Sura dan Kuala Abang di Dungun, Mukim Kerteh, Banggul, Chukai dan Teluk Kalong di Kemaman, Mukim Kampung Raja dan Tembila di Besut dan Mukim Tepoh di Kuala Nerus. 

“Walaupun situasi COVID-19 di Terengganu bertambah baik kita tidak boleh ambil mudah. Jangan leka dan lalai. Teruskan kepatuhan SOP dan Insya-Allah kita akan menang nanti,” katanya. - KitaReporters

13
1
1
2
1
You will be interested