Seekor anak lembu yang dilahir dengan mempunyai dua kepala, tiga biji mata menggemparkan orang ramai sehingga menjadikan sebuah perkampungan di negeri Odisha, India menjadi tumpuan ramai.
Anak lembu itu dilahirkan di sebuah rumah petani bernama Dhaniram, di Kampung Bijapur daerah Nabrangpur, negeri Odisha, India. Ramai pengunjung menganggap anak lembu ini suci dan mula menyembahnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan lembu
Mengikut laporan, petani tersebut membeli seekor lembu betina dua tahun lalu dan baru bunting.
Menurut media India Today, apabila tiba masa untuk melahirkan, lembu tersebut mengalami masalah dan petani itu memeriksa keadaan lembu berkenaan sebelum mendapati 'keanehan' anak lembu yang dilahirkan.
Menurut petani itu, anak lembu itu juga menghadapi masalah untuk meminum susu ibunya. Lalu petani ini membeli susu dari pasar untuk diberi kepada anak lembu itu.
Biasanya, lembu bertubuh aneh hayatnya tidak lama. Namun anak lembu aneh ini masih hidup selepas seminggu dilahirkan.
Cerita anak lembu aneh ini lahir menjadi tular apabila pemilik akaun Twitter @IamSuffian menyiarkan gambar anak lembu aneh itu. - KitaReporters