Alam & Sains 27 Jun, 2021

Berita Terkini| PKP 3.0 dilanjutkan! Bantuan komprehensif bakal diumum! B40, M40 terus dibantu!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

KERAJAAN sentiasa berusaha memastikan 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan Covid-19, menerima bantuan sewajarnya.


BANTUAN yang lebih komprehensif akan diumumkan kerajaan di bawah Fasa Pertama Kawalan Pergerakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang merangkumi semua kumpulan masyarakat, sama ada esok, Isnin, 28 Jun atau pada Selasa, 29 Jun 2021.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perincian bantuan tersebut merangkumi sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) yang terkesan dengan pelaksanaan PKP 3.0 bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Kerajaan sentiasa berusaha memastikan kira-kira 12 juta individu atau isi rumah di negara ini yang terjejas dengan penularan wabak Covid-19, menerima bantuan dan sokongan sewajarnya dalam mendepani saat-saat yang sukar ketika ini.

"Kita faham bila pada fasa begini (fasa pertama PKP 3.0) dan seterusnya sampai ke akhir tahun, semua tunggu apakah kerajaan akan tolong kumpulan yang terkesan? Kumpulan B40 dan M40 dah tentu dibantu termasuk dalam pemberian moratorium, kumpulan T20 juga ada yang layak,” katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Ahad, 27 Jun 2021.

Beliau menjelaskan bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19, secara lebih komprehensif jika dibandingkan sebelum ini.

"Perinciannya akan saya maklumkan esok atau lusa supaya semua tahu di mana kita berada, tapi apa yang penting kita beri sokongan kepada semua kumpulan masyarakat," katanya.

Terdahulu, beliau berkata PKP 3.0 tidak akan ditamatkan esok, 28 Jun 2021, sebaliknya jelas Perdana Menteri, PPN akan diteruskan sehingga jumlah jangkitan harian Covid-19 kurang daripada 4,000 kes. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

PERDANA Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata bantuan yang akan diumumkan kali ini akan mengambil kira keperluan semua kumpulan yang terjejas wabak Covid-19, secara lebih komprehensif . Kredit Foto Utusan Malaysia  

0
0
0
0
0
You will be interested