Alam Canggih 18 Oct, 2020

Covid-19: Darah O lebih selamat? Dakwaan kumpulan saintis!

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan bekas pemimpin pelajar, bekas pegawai sektor awam, korporat & komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan. Editor portal berita dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

SEJAK hari pertama wabak Covid-19 menyerang kehidupan manusia, kumpulan penyelidik sentiasa membuat hipotesis terhadap penemuan baharu ini. Justeru, pelbagai jenis maklumat yang jarang dan tidak pernah kita tahu sebelum ini mula diketahui masyarakat umum, hasil daripada penyelidikan para pakar kesihatan. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/coronavirus


Antara yang menarik minat ramai dan ditularkan adalah berkaitan jenis darah yang bertahan terhadap kesan wabak Covid-19 ini. 

Berdasarkan kajian yang diterbitkan dalam jurnal Blood Advances, mereka yang mempunyai darah O lebih cenderung untuk tidak dijangkiti wabak maut tersebut. Andai dijangkiti sekali pun, pesakit yang memiliki darah jenis ini jarang mengalami gejala yang teruk.

Bagaimanapun, para pakar akui bahawa mereka masih memerlukan lebih banyak ujian klinikal bagi mengukuhkan lagi hujah berkenaan.




Ujian telah dilakukan ke atas 7,422 pesakit yang dilaporkan positif Covid-19 oleh sekumpulan pakar dari Denmark. Dari jumlah berkenaan, kurang dari 30 peratus mempunyai darah O. Sebaliknya, mereka yang mempunyai darah A dan AB adalah paling banyak dijangkiti wabak ini.

Kajian sebegihi bukan sahaja dilakukan oleh sekumpulan pakar atau saintis, malah ia turut dilakukan oleh saintis dari Kanada. Walaupun kajian berbeza, namun kesimpulan yang diperoleh adalah sama.

Menurut pasukan dari Kanada ini, daripada 95 peratus pesakit yang menjadi prospek kajian, kebanyakan mereka yang berdarah O sembuh setelah 9 hari dimasukkan ke ICU akibat Covid-19.

Sebaliknya, pesakit Covid-19 berdarah A atau AB, purata tempoh rawatan adalah 13 hari di ICU.

Pesakit berdarah jenis O juga mencatat rekod sebagai kumpulan yang paling sedikit memakai ventilator atau mengalami kegagalan organ.



“Kami akan terus memantau jenis darah dengan gejala Covid-19 yang timbul, sehingga kesimpulan yang diambil akan lebih pasti,” kata Mypinder Sekhon, seorang doktor dan anggota pasukan penyelidik dari Hospital Besar Vancouver (Vancouver General Hospital) ketika diwawancara oleh CNN.

Selaku pakar dalam bidang ini, Sekhon menasihati semua pihak agar tidak menjadikan hasil kajian ini sebagai alasan untuk mereka berdarah jenis O tidak memperdulikan ancaman wabak maut berkenaan.

Mereka tidak wajar untuk merasa terlalu yakin bahawa mereka akan selamat, sehingga melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan lain-lain arahan dari pihak berwajib kesihatan.

Untuk rekod, laporan mengenai jenis darah ini pernah dicatatkan di China

Pasukan penyelidik di Beijing menyatakan bahawa ada kemungkinan mereka berdarah A memiliki risiko yang lebih besar untuk dijangkiti Covid-19. Bagaimanapun, penyelidikan yang diterbitkan pada bulan Mac 2020 tidak menjalani peer review (ulasan rakan setara), justeru kajian tersebut tidak diendahkan oleh komuniti saintifik. - KitaReporters


0
1
0
0
1
You will be interested

Berita baik untuk usahawan! Alibaba lancar edisi baharu Program Latihan Netpreneur di Malaysia!

Alibaba Global Initiatives (AGI) lancar edisi baharu program Latihan Netpreneur Alibaba di Malaysia dengan sokongan MDEC dan MATRADE pada 12 Julai-16 Ogos 2022

Editor 1 in Alam Canggih 2 weeks ago

Video| Misteri alam! Betulkah duyung muncul di pantai Latuhalat, Ambon? Atau hanya hantu laut?

Pengunjung-pengunjung pantai Latuhalat, Ambon gempar lihat kelibat atau penampakan susuk tubuh persis seekor ikan duyung berenang-renang menghampiri gigi pantai
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 2 days ago

Tukun bukan sebarang tukun! Pulihara, biak ikan! Halang pukat tunda! Tingkat sosioekonomi nelayan!

Kajian yang telah dijalankan dapati lokasi tukun yang dilabuhkan di beberapa kawasan perairan Terengganu menunjukkan impak positif kepada sosioekonomi nelayan
Mohammad Ishak in Alam Canggih 5 days ago

Video| Ular sawa 110kg keletihan! Kenyang selepas telan seekor kambing! Ditangkap anggota bomba!

Seekor ular sawa seberat 110kg berada dalam keletihan selepas dipercayai kekenyangan setelah telan seekor kambing di Kampung Durian Mentangau, Paka di Dungun
Adnan Mohamad in Alam Canggih 1 week ago

Video| 25 Jun: Hari Pelaut Sedunia 2022! Kerjaya sebagai pelaut dianggap sepi dan tidak dihargai?

Setiap tahun tanggal 25 Jun, golongan pelaut atau seafarer diraikan dengan sambutan Hari Pelaut Sedunia. IMO tetapkan pada 25 Jun 2011 sebagai sambutan pertama
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 1 week ago