Alam & Sains 08 Oct, 2020

Jam tangan untuk fashionista! Oppo Watch kini di pasaran!

@fariza saidin
Editor pertama Majalah HAI dan sidang redaksi Majalah WANITA (Utusan). Asst Chief Sub UM. Pemenang Anugerah Kewartawan Majalah IAM 1997, Wartawan cum Blogger @ www.farizasaidin.com. Email: [email protected]

Share this

APAKAH anda seorang yang sentiasa sibuk setiap hari apatah lagi yang sering memerlukan gajet untuk berkomunikasi? Kadangkala bila telefon berdering, nak angkat atau cari telefon bimbit yang entah mana letaknya pun huru hara dibuatnya. Kini, dengan hadirnya Oppo Watch (jam tangan Oppo), segala masalah terjawab. Bagaimana? : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan telefon:

https://kitareporters.com/search?search=telefon


Oppo Watch mempunyai pakej lengkap, Ia direka bukan sahaja untuk memudahkan penggunanya berkomunikasi malah  pada waktu sama, memperlihatkan pemiliknya nampak bergaya lagi trendy.

Dan lebih penting, Oppo Watch berfungsi mengesan data kesihatan pemiliknya dengan adanya fungsi peringatan berhubung kait sesi latihan yang perlu dijalani. 

Menarik kan? Dengan memakainya pada pergelangan tangan, pemiliknya boleh mengakses panggilan telefon selain dilengkapi dengan ciri-ciri berkuasa untuk memudahkan kehidupan seharian.


Pendek kata,  jam tangan ini direka untuk menjadi pendamping dalam dunia yang sentiasa berhubung hari ini.

Penulis percaya golongan wanita khususnya fashionista mesti menyukai produk terbaharu dari Oppo ini kerana ia bukan sahaja boleh digayakan sebagai aksesori fesyen malah dengan bantuan kuasa AI, pemiliknya dapat menghasilkan paparan muka jam yang unik berdasarkan OOTD mereka pada hari berkenaan.

Jadi tidak hairanlah Oppo melantik penyanyi, penari dan pelakon, Min Chen yang kini semakin memperluaskan kariernya dari Malaysia ke Taiwan dengan bakat tiga serangkainya itu.

Min Chen diperkenalkan pada majlis pelancaran Oppo Watch bersamaan produk terbaharu kedua, ‘Find X2 Pro Edisi Green Vegan Leather’ yang berlangsung di sebuah hotel terkemuka di Bangsar South pada Jumaat, 25 September 2020 lalu.

Min Chen (tengah) diapit oleh Pengurus Produk Peranti IoT Oppo Malaysia, Edmund Wong (kiri) dan Vincent Chong selaku

Pengurus Produk, Telefon Pintar Oppo Malaysia.


“Jadual saya sentiasa sibuk setiap hari namun dengan adanya Oppo Watch’, saya dapat menyelesaikan tugasan dengan cekap dan efektik,” ujar Min Chen yang ditemu ramah dalam bahasa Cina sepanjang masa  tanpa ada penterjemah bahasa bagi tetamu lain memahaminya.

Bagaimanapun, melalui paparan promosi iklan dari Min Chen, beliau memperkatakan mengenai kehebatan Oppo Watch dan set 'Find X2 Pro Edisi Green Vegan Leather’ yang mana katanya, Oppo Watch benar-benar menjadi pendamping hariannya yang menjadikan segalanya lebih mudah, manakala set  ‘Find X2 Pro Edisi GreenVegan’ pula menonjol bukan sahaja dari segi ekstetika tetapi juga dari segi fungsi dan ciri-cirinya.

“Salah satu ciri jam tangan ini yang paling saya sukai adalah fungsi kecergasan dan kesihatan di mana ia dapat memantau degupan jantung. 

“Kadangkala, saya akan tergesa-gesa dari satu janji temu ke janji temu yang lain, dan ini menyebabkan saya tertekan. Dengan memantau degupan jantung saya, jam tangan ini mengingatkan saya untuk sesekali berhenti mengambil nafas, dan ini sangat membantu”, tambahnya lagi.


Direka untuk menawarkan pengalaman premium, Oppo Watch hadir dalam 46mm dengan Wi-Fi, diukir menggunakan bingkai aloi aluminium, dalam kemasan warna Hitam dan Glossy Gold yang mengagumkan. 

Terdapat juga edisi 41mm dengan Wi-Fi tersedia dalam kemasan warna Hitam dan Pink Gold.

Menggunakan Wear OS oleh Google, siri Oppo Watch menyediakan lebih 4,000 aplikasi yang tersedia dalam Google Play Store, dengan ciri-ciri yang membantu, permainan dan pelbagai aplikasi lain yang membolehkan anda melayari muzik, membuat balasan pantas kepada rakan, melihat berita harian dan membuat pembayaran secara terus.

Oppo Watch melengkapkan semua jenis gaya hidup. Ia adalah jam tangan pintar pertama yang mempunyai paparan dwilengkung, dan bingkai aloi aluminium memberikan kekuatan dan ketahanan yang optimum. Proses menggilap 19-langkah memastikan kemasan yang sempurna di antara kaca 3D dan bingkai.

 Oppo Watch dijual secara rasmi di semua kedai bermula 3 Oktober 2020.  Varian 41mm berharga RM899, manakala varian 46mm berharga RM1,299



Sementara itu. Oppo ‘Find X2 Pro Green Vegan Leather’ merupakan tambahan terbaharu pada varian Orange Vegan Leather yang sedia ada. 

Mengambil inspirasi daripada konsep “pemulihan”, Oppo 'Find X2 Pro Green Vegan Leather' menjadi pentas utama dengan menggabungkan kemampuan teknikal telefon pintar flagship dengan warna yang menenangkan dan menyegarkan.

‘Find X2 Pro Green Vegan Leather’ memilih untuk mengekalkan standard prestasi IP68-level kalis percikan, kalis habuk dan pelindung kalis air dari edisi terdahulu.


Selain itu, edisi terhad Oppo 'Find X2 Pro Edisi Green Vegan Leather' hanya hadir dengan pasangan khas bersama Oppo Watch. 

Untuk set ini anda akan menerima 46mm Oppo Watch bersama-sama tali jam tambahan bernilai RM159 dan juga Opo Find X2 Green Vegan Leather eksklusif. 

Bukan itu sahaja, Oppo juga menawarkan 120GB Oppo Cloud Storage selama 6 bulan secara percuma yang boleh ditebus di My Oppo App. 

Apa pun untuk spesifikasi yang lebih terperinci boleh layari www.oppo.com.my. - KitaReporters


1
0
0
0
0
You will be interested