Alam & Sains 02 Jun, 2020

Belajar mengira!! TNB perjelas kekeliruan kira bil elektrik!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

SEKIRANYA mendapati bil elekrtik anda bulan ini tiba-tiba mencanak naik, jangan terperanjat atau berang. Bertenang dan bersabar! Memang sejak dua menjak ini bil elektrik menjadi tajuk perbualan hangat orang ramai yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan caj terbaharu itu. Sebenarnya hal ini berlaku berpunca daripada kekeliruan orang ramai. : KitaReporters


Namun ada juga yang menganggap, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh kerajaan menjadi punca bil elekrtik mereka naik disebabkan berada di rumah terlalu lama, sekali gus meningkatkan penggunaan tenaga elektrik.

Kekeliruan bertambah apabila pada April lalu, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli mengumumkan pemberian diskaun kepada pengguna selama enam bulan bermula 1 April hingga 30 September 2020.

Pemberian diskaun bil elektrik berkenaan bagi membantu meringankan beban rakyat dalam keadaan ekonomi negara yang mencabar berikutan kesan penularan wabak COVID-19.

Namun, setelah masing-masing menerima bil elektrik, sebaliknya berlaku hingga menimbulkan ketidakpuasan hati serta kekeliruan

Ramai yang mempersoalkan bagaimana pengiraan dibuat.

Bukan sahaja orang biasa, malah selebriti seperti Michael Ang turut bersuara. 


Menurut pengarah dan penerbit terkenal itu, pada mulanya dia agak terkejut saat menerima bil elektrik kediamannya yang tiba-tiba menjadi lebih tinggi.

Tidak berpuas hati, lalu Michael menghubungi pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) bagi mendapatkan penjelasan lanjut. 

Dan setelah diberi penjelasan, akhirnya Michael faham bagaimana pengiraan tersebut dibuat.

“Salam semua! Malunya aku! Tapi salah dan bodoh aku sendiri juga sebab pergi dengar cakap netizen dan apa aku baca di media sosial. 

"Aku mengamuk dengan wanita di careline @tenaga_nasional. Aku minta maaf dan terima kasih sebab terangkan pada aku secara terperincil. 

"Semua bising pasal bil elektrik tapi sebenarnya tak ada apa-apa pun!” tulisnya dalam akaun Instagramnya.


Sementara itu, TNB juga dalam berkongsi info grafik dalam laman Twitter bagaimana pengiraan bil elektrik dilakukan agar orang ramai tidak keliru lagi.

Apa itu bil anggaran dan bezanya dengan bil caj penggunaan sebenar? 

"Sepanjang tempoh PKP, bil anggaran menggantikan bacaan meter sebenar untuk keselamatan para pelanggan dan warga kerja kami. 

"Berikut penjelasan cara pengiraan dari bil anggaran kepada caj penggunaan sebenar,” jelas TNB.


Sekiranya masih tidak faham dan keliru, anda boleh menghubungi mereka di talian yang telah diberikan.


Semoga dengan penjelasan daripada TNB ini, anda tidak lagi keliru dan salah faham. Apapun, amalkan penjimatan tenaga elektrik terutamanya yang menggunakan pendingin hawa di kediaman masing-masing. - KitaReporters


1
1
0
1
0
You will be interested