Alam & Sains 08 Aug, 2021

Fasa 3 PPN! Terengganu harap dapat buka pulau-pulau untuk aktiviti pelancongan September 2021!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Pulau Perhentian, Terengganu menjadi pilihan pelancong dari dalam dan luar negara


PROGRAM Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) bagi sektor pelancongan di pulau-pulau utama tumpuan pelancong ke Negeri Terengganu bakal membuka semula peluang industri berkenaan untuk kembali aktif apabila kerajaan dijangka membuka semula aktiviti pelancongan domestik pada September 2021

Ini kerana program tersebut membabitkan penduduk dan penggiat industri pelancongan dijangka selesai sepenuhnya sebelum bermula peralihan musim monsun.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pulau

Ariffin Deraman


Menerusi program imunisasi tersebut, penduduk dan pengusaha industri pelancongan di Pulau-Pulau Kapas, Redang, Tanggol dan Perhentian sudah selesai menerima suntikan vaksin dos pertama

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Teknologi Digital Negeri, Ariffin Deraman berkata, kesediaan itu selaras dengan sasaran untuk mencapai 100 peratus imuniti berkelompok dalam kalangan penggiat pelancongan di pulau-pulau terbabit

Katanya, pembukaan pulau terbabit berdasarkan Terengganu mampu beralih ke Fasa 3 Pelan Pemulihan Negara (PPN) pada akhir Ogos 2021 turut menambahkan lagi kesiapsiagaan. 


 Penduduk Pulau Perhentian membuat pendaftaran untuk menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19.


“Pembukaan semula sektor pelancongan yang selamat untuk pelancong ini selaras dengan Pelan Pemulihan Pelancongan Terengganu 2021 dalam usaha menjadi negeri ini selamat dikunjungi dan diyakini pelancong.” katanya selepas melawat program outreach vaksinasi COVID-19 di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian, Besut pada Jumaat 6 Ogos 2021.

Ariffin berkata, pulau-pulau di Terengganu merupakan satu 'Unique Selling Point' dalam sektor pelancongan negeri.

Kajian oleh Tourism Malaysia bermula Jun 2021, Terengganu menerima pelancong tertinggi di Pantai Timur iaitu 165 peratus dan lebih daripada 13,797 pelancong memilih pulau dan pantai sebagai destinasi percutian pilihan.  

Katanya, kerajaan negeri berharap Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dapat membenarkan sektor pelancongan di pulau-pulau peranginan dibuka semula pada September 2021 dengan membenarkan aktiviti rentas daerah. 


Ariffin meninjau proses suntikan vaksin kepada penduduk Pulau Perhentian


Sementara itu, pada program selama tiga hari bermula Khamis 5 Ogos 2021, seramai 979 penduduk dan pengusaha pelancongan di Pulau Perhentian menerima dos pertama vaksin COVID-19. 

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman; Pegawai Daerah Besut, Ahmad Farhan Abd Wahab; Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (Tourism Terengganu), Fadli Yusof Zakaria; dan Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) Terengganu, Zanariah Zakaria. - KitaReporters


Tengku Zaihan memperkatakan sesuatu kepada seorang warga emas yang menerima suntikan vaksin di Sekolah Kebangsaan Pulau Perhentian

0
1
1
0
0
You will be interested