WANITA dan lipstick (gincu) memang tidak dapat dipisahkan. Apa yang paling pening apabila kesan pada cawan dan straw masih ada dan agak sukar untuk dihilangkan.
Sebab itu ramai wanita di luar sana memilih untuk membeli lipstick tahan lama.
Begitulah dengan sebuah perkongsian video ini apabila kesan lipstick masih melekat pada sebuah cawan walaupun telah dibasuh menggunakan sabun berkali-kali tapi ia masih ada dan sukar untuk dihilangkan.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ipstick atau gincu
Pemilik video ini dilihat memaparkan cawan tersebut dan sedang menyantalnya namun kesan itu kekas dan ia seperti cat.
Oleh sebab itu, video ini telah meraih komen netizen yang melihat tindakannya itu kerana sangat memenatkan. Namun ada antara mereka yang menyuruh menggunakan penanggal mekap bagi memudahkan urusan pembersihannya.
Ada juga yang berpendapat bahawa jika pemilik video ini masih membasuh cawan seperti ini, berkemungkinan cawan yang dibasuh tidak akan siap-siap.
Sebab itu kalau lelaki yang curang kena hati-hati, firasat isteri selalunya betul. - KitaReporters