Alam & Sains 29 Jul, 2022

Syabas! 432,000 anak penyu dilepaskan di perairan Terengganu! Semoga ada yang balik untuk bertelur!

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb 2019.

Share this

Upacara melepaskankan anak-anak penyu di pantai Terengganu 


JABATAN Perikanan Malaysia telah melepaskan sebanyak 432,000 anak penyu di perairan Terengganu bagi meningkatkan pendaratan penyu di negeri itu. 

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Makanan, Perladangan, Komoditi dan Pembangunan Luar Bandar Negeri Terengganui, Dr Azman Ibrahim berkata, jumlah tersebut merupakan hasil penetasan yang berjaya dilepaskan daripada program pengeraman 582,000 telur penyu pada tahun 2021.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan penyu-penyu


Dr Azman Ibrahim


Katanya, mengikut statistik umum, daripada 1,000 ekor yang dilepaskan ke laut, seekor akan kembali ke pantai tempat is menetas.

"Jadi, dengan program ini kita mengharapkan sekurang-kurang 432 ekor penyu akan balik ke tempat ia menetas iaitu di sini (Terengganu)," katanya. 

Beliau berkata, program berkenaan merupakan salah satu daripada usaha kerajaan negeri meningkatkan pendaratan penyu di pantai Terengganu.


Sebahagian anak penyu yang dilepaskan di perairan Terengganu


Dr. Azman memaklumkan, pada 2021 sebanyak 7,378 sarang pendaratan penyu direkodkan yang menunjukkan tidak berlaku kekurangan pendaratan penyu di pantai Terengganu.

Selain itu katanya, apabila dikuatkuasakan enakmen Pemuliharaan Penyu 1991 pindaan 2021 yang mengharamkan penjualan semua jenis telur penyu, maka jabatan (perikanan) membeli semua telur dari pemajak untuk tujuan penetasan

"Bagi tahun 2022, peruntukan bagi pembelian telur penyu ini dinaikkan dari RM600 ribu (2021) kepada RM900 ribu," katanya. - KitaReporters


Terengganu sentiasa melakukan pelepasan anak penyu bagi meningkatkan pendaratan pelbagai spesis penyu 


11
14
1
10
0
You will be interested