Alam & Sains 12 Jan, 2023

Adui mak! Alat termometer tersangkut dalam kemaluan kanak-kanak lelaki! Tahan sakit 9 jam! Kena bedah!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


SECARA logik usia 12 tahun adalah usia yang masih mentah untuk melakukan hubungan seks kerana usia berkenaan bagi kanak-kanak lelaki mahu pun perempuan masih ralik dengan dunianya sendiri.

Namun sangat mengejut apabila seorang kanak-kanak lelaki di Chengdu di China dikatakan menahan sakit selama sembilan jam kerana perbuatan sendiri.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan kesakitan


Memetik laporan metro.co.uk, pada 7 Januari 2023 lalu, kanak-kanak malang itu dikatakan memasukkan termometer ke dalam alat sulit untuk mencari keseronokan tersendiri ketika beronani.

Bagaimanapun ‘keseronokan’ yang dicipta itu bertukar menjadi kesakitan apabila alat termometer itu dikatakan tersekat ke pundi kencing.

Keadaan berkenaan menyebabkan dia dikejarkan ke Hospital The First people di daerah Longquangyi untuk rawatan kecemasan.

Malah pasukan doktor tidak boleh menarik keluar alat termometer berkenaan menggunakan  alatan khas perubatan sekali gus memaksa pembedahan segera dilakukan.

Katanya langkah keselamatan berkenaan terpaksa dilakukan kerana dibimbangi alatan yang tersekat itu akan merosak organ lain kanak-kanak tersebut. 

Walaupun pembedahan berkenan berjaya dilakukan namun pasukan doktor bimbang kanak-kanak tersebut akan mengalami komplikasi jangka panjang akibat perbuatannya sendiri.

Inilah kesan kekurangan pendedahan berkaitan pendidikan seks dalam kalangan remaja selain timbul perasaan ingin tahu yang mendalam. - KitaReporters


16
10
0
7
0
You will be interested