Alam Canggih 02 Oct, 2022

Video| Anaconda ke? Ular sawa sepanjang 7m, seberat 135kg! Diusung 9 orang sejauh 7km keluar hutan!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu

Share this

Kredit foto-foto: Merdeka.com


SEMBILAN petani terpaksa mengusung seekor ular sawa gergasi sejauh tujuh kilometer untuk dibawa keluar dari kawasan hutan di Sulawesi Tenggara, Indonesia pada 22 September 2022 lalu.

Haiwan sepanjang kira-kira tujuh meter dan seberat 135 kilogram yang sudah mati dibunuh oleh mereka itu dibawa keluar dari hutan berkenaan untuk dijual dagingnya.

Kredit foto-foto: Merdeka.com



Sebuah portal berita dari Indonesia, Merdeka.com pada 25 September 2022 lalu dipetik melaporkan, ular sawa itu ditemukan oleh salah seorang daripada petani tersebut di Desa Latompo, Kecamatan Lawa, Kabupaten Muna Barat pada pukul 9 pagi.

Ketika dijumpai, haiwan yang begitu besar itu tidak bergerak dan berada di dalam semak. Di sampingnya terdapat kira-kira 100 biji telur.
Ular itu yang dipercayai baharu bertelur itu dibunuh dengan sebilah parang setelah haiwan itu cuba mematuk petani terbabit selain ia juga untuk menjaga keselamatan warga yang tinggal berhampiran dengan kawasan hutan itu.


Sebuah video yang dimuat naik dalam Instagram oleh akaun @memomedsos memperlihat seekor ular sawa yang begitu panjang sedang dipikul di atas bahu para petani terbabit.

Sebelum itu, dalam video yang sama kelihatan seorang petani memegang berpuluh-puluh biji telur dipercayai milik telur ular sawa betina yang mati dibunuh itu.

Kredit foto-foto: Merdeka.com


Kejadian itu merupakan peristiwa yang menggegarkan warga setempat

Ketika haiwan itu diusung melalui perkampungan mereka, warga beramai-ramai datang melihat bangkai ular itu secara dekat walaupun ada dalam kalangan mereka merasa takut.

"Awalnya, ketika ditemukan, seorang petani terbabit melihat ular sawa itu mendiamkan diri berhampiran dengan telurnya dan tidak bergerak di dalam semak.
"Namun, apabila petani itu serta rakan-rakannya menghampirinya, ular sawa berkenaan cuba mematuk mereka menyebabkan salah seorang petani bertindak menetak dengan parang beberapa kali  pada ular itu sehingga mati," lapor Merdeka.com. - KitaReporters

16
11
0
18
0
You will be interested