Alam & Sains 22 Feb, 2020

JANGAN ABAI SEMBELIT, ADA CARA MUDAH ATASI

@samadi ahmad
Experience as a Independent Journalist for 20 year, covering various aspect of the news including politics, business, crimes and specializing in Media Events.

Share this
KESUKARAN setiap kali ingin membuang air besar pasti menyeksakan sehingga menyebabkan pelbagai implikasi seperti sembelit. Bagaimanapun, kini ada cara mudah bagi  membantu melegakan dan menyelesaikan masalah itu. : KitaReporters.com

PRODUK DeSlim mampu mbamtu individu yang mengalami masalah sembelit.


Ada pelbagai punca sembelit, namun yang paling utama ialah apabila sesorang itu sering mengabaikan isyarat membuang air besar iaitu kerap menahan pembuangan najis.

Sekiranya masalah ini berlarutan ia boleh menyebabkan beberapa simptom seperti bau mulut dan tubuh yang tidak menyenangkan selain sukar menumpukan perhatian, mudah mengantuk, malas, kelesuan yang kronik, artritis, hilang selera makan, sakit kepala dan masalah kulit.

Ketua Wakil Perniagaan produk DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber (DeSlim), Lee Hui Ling berkata, individu  yang  mengalami ketidakselesaan akibat sembelit, boleh diselesaikan dengan pengambilan produk minuman DeSlim.

Menurut beliau, DeSlim merupakan  satu-satunya produk yang memiliki tiga kandungan utama terdiri dari fiber, probiotik dan prabiotik dengan paten teknologi microkapsul.

Katanya, produk yang dipatenkan di Singapura itu dihasilkan daripada sumber buah-buahan dan herba yang sedap ketika diminum itu dikilangkan di Puchong, Selangor.

KETUA Wakil Perniagaan produk  DeSlim Pre & Probiotik dan Fiber (DeSlim), Lee Hui Ling.


"Produk DeSlim merupakan yang pertama dihasilkan menggunakan formula 3 dalam 1 dalam menyelesaikan masalah penghadaman pengguna.

"Sebelum ini, pengguna hanya boleh mendapatkan produk penjagaan usus yang mengandungi dua bahan utama terdiri daripada prabiotik dan fiber yang banyak terdapat  dipasaran. 

 “DeSlim adalah produk unik dan baharu berbentuk sachet dan boleh diminum dengan mencampur di dalam  air serta sesuai untuk semua lapisan umur termasuk ibu mengandung ".

"Produk yang dikeluarkan pada tahun lalu itu turut mendapat pengesahan Sijil Halal Jakim dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) serta pensijilan lain seperti Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP), Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP).

"Antara negara yang mendapat pasaran tinggi ialah di China, Hong Kong, Taiwan, Jepun, Singapura, Korea, Indonesia, Myamar, Filipina dan Thailand."

PRODUK DeSlim berbentuk sachet yang boleh dicampur dengan air dengan perisa buah buahan untuk diminum.


Hui Ling berkata, pihaknya  akan bergerak secara aktif bagi memberi kesedaran kepada orang ramai tentang  kepentingan penjagaan sistem penghadaman, melawaskan usus, menggurangkan simptom sembelit dan cirit-birit serta menguatkan sistem imun badan.

Menurut beliau, pihaknya mempunyai ramai testimoni yang mengakui keberkesanan produk DeSlim selepas menggunakan melebihi satu bulan.

"Kita akan mengadakan promosi dalam media sosial, akhbar dan televisyen sebagai satu  khidmat sosial masyarakat bagi memberi kefahaman tentang penjagaan usus yang betul kepada orang ramai.

"Usus yang bersih dan sihat dapat mencegah daripada berlakunya penyakit kanser, masalah kulit kusam, berat badan dan jerawat. 

“Hari ini kita tidak boleh nafikan ramai orang yang mengalami kesukaran untuk membuang air besar, namun berasa  malu untuk ke depan berkongsi masalah dan membiarkan  berlarutan.

"Kandungan produk DeSlim dapat membantu mencuci dan mengembalikan usus seperti bayi di samping  melancarkan sistem penghadaman secara teratur dan semula jadi".

"Jika tidak diatasi dengan betul, sembelit boleh menyebabkan pengambilan makanan berkhasiat menjadi kurang bernilai.

"Toksin dalam aliran darah akibat sembelit menimbulkan beban kepada hati untuk menjalankan proses penyahtoksin secara berkesan dan hasilnya nutrien tidak dapat sampai kepada sel yang memerlukan," katanya. - KitaReporters.com

1
0
0
0
0
You will be interested