Alam & Sains 13 Jun, 2021

Berita Terkini| 2 minggu lagi PKP penuh tempoh kritikal! Kurangkan jangkitan di bawah 4k kes!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

KERJASAMA semua pihak amat diperlukan bagi membantu mengurangkan bilangan kes Covid-19 di negara kita.


KETUA Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menegaskan, tempoh dua minggu lagi pelaksanaan 'lockdown' atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 penuh dari 15 Jun hingga 28 Jun 2021 adalah tempoh yang kritikal untuk negara mengurangkan bilangan kes kepada di bawah 4,000.

Beliau berkata dalam tempoh berkenaan, kerjasama semua pihak amat diperlukan untuk membantu melandaikan lekuk Covid-19 yang masih mencatatkan bilangan kes harian yang tinggi.

Namun, pada masa sama beliau turut kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang masih melakukan pergerakan yang tidak perlu termasuk perhimpunan seperti parti keramaian dan majlis.

"Ini adalah sesuatu yang tidak bertanggungjawab," katanya seperti dipetik oleh Bernama pada Ahad, 13 Jun 2021.

Pada Sabtu 12 Jun 2021, negara merekodkan sejumlah 5,793 kes baharu harian Covid-19 berbanding 6,849 kes kelmarin, manakala jumlah kes sembuh Covid-19 dalam tempoh 24 jam juga sekali lagi mencatatkan angka tertinggi sejak pandemik itu melanda Malaysia, dengan 8,334 kes berbanding 7,749 sehari sebelum itu.

Pada 28 Mei 2021, kerajaan memutuskan untuk melaksanakan sekatan pergerakan penuh (SPP) sektor sosial dan ekonomi fasa pertama di seluruh negara bagi tempoh 14 hari bermula 1 hingga 14 Jun sebelum dilanjutkan hingga 28 Jun 2021.

Hari ini dan sekali lagi, beliau merayu orang ramai untuk terus duduk di rumah dan mematuhi SOP jika terpaksa keluar rumah atas urusan penting.

“Terkini, kita tidak ada lagi katil ICU yang mencukupi. Bantulah kita untuk membantu anda sekeluarga. Sila duduk di rumah dan patuhi SOP.” - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

1
0
0
1
0
You will be interested