Alam & Sains 05 Oct, 2020

Pematuhan SOP mula longlai? Rakyat lesu amal norma baharu?

@sarfarizmal saad
Penulis merupakan pemimpin pelajar IPTA suatu ketika dulu. Pernah bertugas di 4 kementerian dan beberapa pasukan komunikasi strategik. Mula menulis di akhbar sejak 2009. Bekas Ahli Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan dan bekas Pegawai Khas YBM.

Share this

BETUL kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba bahawa norma baharu masih belum menjadi budaya di negara ini. Masih ramai yang tidak patuh arahan ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN). Akibatnya, kes positif COVID-19 makin mendadak naik. : KitaReporters



Lagi cerita-cerita berkaitan COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=covid-19


Juga tahap kepatuhan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ini makin berkurangan berbanding gelombang pertama COVID-19, bulan Mac 2020 lalu.

Pakar Perubatan dan Kesihatan Awam, Dr Khor Swee Kheng berpendapat, rakyat Malaysia barangkali letih untuk mengamalkan norma baharu yang tidak pernah menjadi sebahagian daripada kehidupan harian sebelum ini.

"Berbanding fasa pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kita kini mungkin kian lupa atau lesu untuk mengamalkan norma baharu yang tidak pernah berada dalam kehidupan sebelum ini," katanya ketika ditemu bual pihak media menerusi Skype, selepas Dr Adham dihentam atas kenyataannya berkaitan isu ini pada 4 Oktober 2020.



Sehubungan itu, Dr Swee Kheng menyarankan kerajaan untuk mencari kaedah yang lebih tepat secara bersasar bagi menangani kes positif COVID-19 yang makin meningkat.

Ini termasuklah cadangan agar KKM mewajibkan semua yang pernah ke Sabah dan pulang kembali ke Semenanjung untuk melakukan ujian COVID-19, walaupun ia agak sukar dilakukan.

Pada 26 September 2020, dalam satu kenyataan media, kerajaan mengumumkan akan melaksanakan aktiviti saringan pengesanan COVID-19 kepada semua individu yang baru tiba dari Sabah di pintu masuk antarabangsa (PMA) bermula 27 September hingga 10 Oktober 2020 bagi memantau risiko penularan wabak.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata semua individu yang tiba dari Sabah akan menjalani perintah pengawasan dan pemerhatian di rumah (home surveillance atau HS) dan akan diberi surat arahan perintah itu (HS order atau HSO) serta dipakaikan gelang kuarantin berwarna merah jambu.

“Tarikh HSO akan bermula dari tarikh ketibaan di PMA sehingga keputusan makmal diperolehi. Pelepasan HSO akan diberikan sekiranya keputusan ujian makmal menunjukkan negatif COVID-19,” katanya di dalam kenyataan tersebut.


Sebagai seorang pakar, beliau akui bahawa Malaysia sekarang sedang berhadapan dengan gelombang kedua COVID-19, terutama selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Daripada keseluruhan jumlah kes baharu tersebut, sebanyak 37 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Sabah.

Bagaimanapun tambah Dr Swee Kheng lagi, jika kita membuat perbandingan antara negara-negara lain termasuk Eropah, kadar pematuhan dan peningkatan kes positif di Malaysia ini masih berada pada tahap yang terkawal. - KitaReporters


0
0
1
0
1
You will be interested