Alam & Sains 22 Mar, 2020

STESEN MINYAK SHELL SG RAMAL ADA COVID-19!!

@yati yazid
Pernah bertugas sebagai wartawan di Utusan Malaysia. Masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this
WAHAI penduduk Kajang dan Bangi… hati-hati dan kekallah berada di rumah jika tiada keperluan untuk keluar. Ini berikutan berlaku satu kes lagi COVID-19 di stesen minyak. Kali ini stesen minyak Shell di Sungai Ramal, Kajang, Selangor! : KitaReporters

SHELL Malaysia menerusi satu kenyataan di laman web rasminya mengesahkan jurujual yang bertugas di stesen minyak Shell Sungai Ramal, Kajang dijangkiti virus COVID-19, dan kini sedang menjalani rawatan di hospital. - Foto: IG Shell Malaysia


Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, Shell Malaysia memaklumkan, pekerja terbabit kini sedang menjalani rawatan di hospital.

Dalam usaha mengatasi wabak semua kakitangan yang bertugas dengan mangsa telah dihantar untuk menjalani ujian kesihatan di hospital kerajaan berdekatan.

“Shell Malaysia memberi kerjasama penuh dengan Kementerian Kesihatan Malaysia dan mematuhi segala prosedur yang ditetapkan,’’ katanya dalam kenyataan dalam laman web https://www.shell.com.my/.

Menurut kenyataan itu, Shell Malaysia akan terus komited dalam menyediakan perkhidmatan yang mematuhi piawaian keselamatan dan kesihatan.

Dalam masa sama, Shell Malaysia turut menggesa mana-mana individu yang pernah berurusan dengan mangsa supaya menjalani pemeriksaan COVID-19 di hospital dan klinik kesihatan berdekatan.

Shell Malaysia turut berharap agar rakyat Malaysia dapat menghormati privasi pesakit di saat yang serba mencabar ini. 

Satu peringatan: Dan jangan lupa basuh tangan dengan sabun atau cecair penyahkuman (sanitizer) selepas mengepam minyak!! - KitaReporters

2
3
20
0
1
You will be interested