Alam & Sains 04 Jun, 2020

Dibuka mulai 9 Mei! Taska di Terengganu dah boleh beroperasi

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.Menyertai Kitareporters Feb [email protected]

Share this

PENGUSAHA taman asuhan kanak-kanak (taska) milik kerajaan negeri dan swasta yang berdaftar di negeri ini menarik  nafas lega apabila kerajaan negeri membenarkan premis berkenaan beroperasi semula berkuat kuasa pada Selasa, 9 Jun 2020. Ketika ini, ada  231 taska milik kerajaan negeri dan swasta yang berdaftar terpaksa menutup operasi masing-masing sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sejak 18 Mac 2020. : KitaReporters

Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Terengganu mula beroperasi 6 Jun 2020


Jumlah itu, termasuk 67 Taska Permata Keluarga (TPK) di bawah Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu, yang akan dibuka mengikut peraturan dan Prosedur Operasi Standard (SOP) dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat berkata, keputusan itu dipersetujui Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) dengan mendapat rujukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Negeri, Hanafiah Mat  


Katanya,  semua pengusaha taska swasta dan ketua taska TPK akan dipanggil untuk menghadiri taklimat khas bersama JKM, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan KKM sudah dipanggil untuk diberi taklimat berhubung perkara itu.

"Manakala operasi nyahkuman di semua taska akan dilakukan selama dua hari iaitu pada Sabtu dan Ahad ini, sebelum dibenarkan beroperasi pada Selasa ini," katanya.  

Hanafiah berkata, kebanyakan SOP yang ditetapkan sudah diguna pakai di TPK sebelum ini, walau bagaimanapun ada beberapa  penambahbaikan yang ditetapkan selaras dengan SOP ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). 

"Antaranya perlu mengambil suhu bayi,  kanak-kanak dan ibu bapa, kerap membasuh tangan, membasuh alatan permainan dan mengamal etika penjarakan sosial,” katanya.

Taska di Terengganu akan beroperasi semula pada Selasa, 9 Mei 2020 ini. 


Hanafiah berkata, perkara itu diakui agak sukar kerana melibatkan kanak-kanak, namun pihak taska perlu patuh demi nyawa semua.

Menurutnya, sekiranya gagal, tindakan untuk menutup premis taska boleh dikenakan. 

Beliau berkata, JKM akan memantau perkara itu dari semasa ke semasa di setiap taska bermula Selasa 9 Mei 2020 ini. 

Tambahnya, apa yang dimaklumkan, kira- kira 500 daripada 4,000  anak-anak TPK akan dihantar pada Selasa ini. "Jumlah dilihat agak kecil kerana ibu bapa masih mengambil sikap berjaga-jaga," katanya. - KitaReporters

3
1
0
0
0
You will be interested