Alam & Sains 05 May, 2020

Pishang? Cuba main muzik macam Nopalsams! Boleh tular juga..

@ainal marhaton abd ghani
Pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang kewartawanan. Seorang penulis bebas dan penulis upahan (Ghostwriter). Bergiat aktif dalam dunia penulisan kreatif sejak 2019 dan menyertai puluhan projek antologi pelbagai genre daripada beberapa rumah penerbitan. emel: [email protected]

Share this

Pelbagai ragam manusia dapat dilihat ketika penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang dilaksanakan berikutan penularan pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia hari ini. Juga pelbagai idea kreatif yang timbul untuk dicuba walaupun ia belum tentu mampu meredakan tahap bosan melampau atau budak-budak muda sebut "pishang" ini!! : KitaReporters


Nak berlibur di luar rumah tak boleh kalau tanpa sebab munasabah. 

Pandai-pandailah nak beraktiviti tanpa melanggar perintah ye!!

Memasak dan mengemas rumah sudah menjadi rutin harian kaum ibu juga kalangan kaum bapa. 

Golongan pelajar dengan kelas onlinenya.  Mana yang aktif bersukan bolehlah melakukan aktiviti yang bersesuaian. 

Bagaimanapun, kaki jamming dan karaoke terpaksa lupakan sebentar hobi masing-masing kecuali ada studio di rumah. 

Yang tak tau nak buat apa-apa pula pening memikirkan cara untuk menghilangkan rasa bosan.

Tidak terkecuali seorang jurufoto yang mempunyai idea kreatif apabila menggunakan gelas kaca berisi air sebagai alat muzik dalam memperdengarkan irama yang mampu menarik perhatan ramai.

Muhammad Naufal Samsuddin berkata, idea itu datang secara tba-tiba apabila sebuah gitar yang ditempah secara dalam talian (online) tidak diterima, sedangkan perasaannya ingin bermain alat muzik tidak boleh dipendam.

Bila dah bosan mulalah timbul idea mengarut tapi kreatif.

Berusia 27 tahun, Muhammad Naufal atau lebih dikenali sebagai Nopalsam yang juga kakitangan di sebuah universiti awam di Kuantan, Pahang berkata, dia bersama rakannya mula melakukan eksperimen dengan mengisi air dalam sukatan berlainan ke dalam gelas bagi menghasilkan bunyi yang berbeza.

Sejak dimuat naik di Twitter pada 21 April lalu, lagu Suasana Hari Raya dan Selamat Hari Jadi meraih lebih 125,200 tontonan dan diulang kicau lebih 10,300 dan hampir 9,000 tanda suka.

"Nak tiun dia punya layah hentam saja. Janji jadi lagu raya. sempena kena raya di rumah." tweet Muhammad Naufal.


"Selepas itu, saya mula berlatih, menggunakan kemahiran yang dimiliki sebagai pemain gitar, saya cuba menghasilkan lagu seperti yang diinginkan.

"Sebaik dapat menghasilkan lagu daripada ketukan pada gelas kaca, saya mula berkongsi video dan tidak menyangka mendapat perhatian.

"Tak sangka pulak boleh jadi popular dalam media sosial selepas bermain alat muzik walaupun hanya beberapa biji gelas kaca berisi air," katanya ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp.



Jaga-jaga jangan bagi gelas tu pecah nanti tak cukup tanah nak lari bila mak kejar!!!

Banyak komen positif dan melucukan daripada pengguna twitter selepas melihat video klip Muhammad Naufal bermain alat muzik istimewa itu.

Fitrri berkata: "Kalau saya yang buat ni mak saya yang yang berbunyi hahaha".

"Makin lama PKP makin banyak la skil terpendam dari rumah keluar," kata Haikal.



Selain lagu hari raya, Muhammad Naufal turut menghasilkan lagu Inggeris dan Hindi antaranya Tujhe Dekha Kepada Yeh Jana Sanam dari filem Dilwale Dulhania Le Jayenge.

Dia yang berasal dari Kuala Nerang, Kedah berkata, sehingga kini tujuh lagu sudah dihasilkan dan sedang meningkatkan kemahiran menghasilkan lagu yang lebih berkualiti.

"Fokus dan penghayatan pada sesuatu lagu penting untuk menghasilkan bunyi yang padu dan dapat menarik orang ramai mendengarnya. 

"Saya bercadang untuk memuat naik video ini ke Youtube untuk memberi lebih kepuasan dan tidak hanya tertumpu di Twitter, Instagram dan Facebook," katanya.

Bakat terpendam jangan disia-siakan!!

Orang muda memang banyak idea. Pasti lepas ni ramai yang guna botol kaca dan cawan kaca pulak. 

Bukan senang nak main muzik ni tau. 

Jangan bagi pecah sudah. Nanti mak marah!!! - KitaReporters
0
1
0
0
0
You will be interested