Menurut Kementerian Haji dan Umrah, perbincangan sedang dilakukan bagi membolehkan umat Islam menunaikan ibadah tahun 2021 ini. - Kredit foto: AFP
ARAB Saudi dijangka membenarkan ibadat haji tahun 1442H/2021M ini tetapi dengan beberapa syarat khas bagi melindungi jemaah daripada penularan pandemik Covid-19.
Menurut Kementerian Haji dan Umrah, perbincangan
sedang dilakukan bagi membolehkan umat Islam menunaikan ibadat itu buat pertama
kali tahun 2021 ini sejak wabak itu melanda.
Memetik laporan Arab News, perkara yang dibincangkan
adalah membenarkan sejumlah kecil jemaah menunai ibadah haji dengan peraturan
kesihatan yang ketat bersama langkah berjaga-jaga.
"Keputusan itu berdasarkan kesungguhan kerajaan
untuk membenarkan tetamu di Masjidil Haram serta Masjidil Nabawi menunaikan haji
dan umrah.
"Kerajaan sentiasa meletakkan kesihatan dan
keselamatan jemaah sebagai perkara utama," kata kementerian itu yang
dipetik oleh Berita Harian pada Isnin, 10 Mei 2021.
Ibadat haji bagi tahun ini dijangka bermula pada 17 Julai 2021. Sebarang maklumat mengenai pelan operasi ibadat haji tahun ini akan dimaklumkan kemudian.
Bagi menjamin keselamatan dan kesihatan penduduk,
hampir separuh juta pemeriksaan dilakukan bagi memastikan langkah berjaga-jaga
diambil oleh peniaga serta tempat kerja.
Kementerian haji juga sebelum ini memaklumkan semua petugas bagi musim haji tahun ini perlu menjalani vaksinasi. -KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter