Alam & Sains 08 Apr, 2022

Bangunkan formula haruman masa PKP! De'Xandra perkenal 15 minyak wangi baharu! Travel Spray!

@rahanamd
Bekas Wartawan Utusan Malaysia yang pernah bertugas di Majalah Wanita dan akhbar di Ibu Pejabat Jalan Chan Sow Lin dan biro Kelantan.

Share this

de

Dua daripada 15 haruman baharu Travel Spray yang dilancarkan pada 15 Mac 2022.


Hampir dua tahun menjalani kehidupan dalam pandemik Covid-19, ramai yang terjejas sumber pendapatan dan antaranya pengedar produk yang bergantung dengan hasil melalui premis jualan terbuka.

Ada yang terpaksa menutup kedai atau kiosk atas arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan sulit memasarkan produk yang berasaskan kecantikan dan penjagaan diri kerana tumpuan perbelanjaan mestilah kepada bekalan makanan dan sumber asas yang lain.

Syarikat pengeluar minyak wangi De'Xandra mengakui hakikat tersebut dan melalui fasa getir itu bersama-sama namun  pihaknya tidak mengambil tempoh masa yang lama untuk bertindak mengatasi masalah.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan minyak wangi

Ketua Pegawai Eksekutif De'Xandra, Safwan Ismail.


Ketua Pegawai Ekesekutifnya, Safwan Ismail berkata, pihaknya mengambil langkah proaktif dengan mengubah strategi pemasaran.

“Semasa pandemik dan waktu sukar itu pelbagai usaha dilakukan untuk menyokong mereka antaranya melancarkan program moratorium.  Pengedar yang terjejas diberikan bantuan bekalan tanpa bayaran, boleh terus berniaga dan bayaran dibuat selepas produk terjual.

“Sejak awal-awal lagi Dexandra memang melatih pengedar berjualan melalui dalam talian (online) jadi apabila berlaku pandemik, kami mengajak pengedar bangkit, keluar daripada situasi yang sukar tanpa teragak-agak. 

“Strategi yang kami lakukan terbukti berhasil membantu kumpulan pengedar yang kini mencecah 33,000 berdaftar termasuk Sabah Sarawak dengan 60 peratus atau 19,000 daripadanya terdiri dalam kalangan dropship,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan 15 himpunan minyak wangi terbaharu De'Xandra dikenali sebagai Travel Spray secara virtual menerusi akaun Facebooknya pada 15 Mac 2022 lalu.



Safwan menambah, pihaknya mengumpul idea dan membangunkan formula haruman baharu pada musim pandemik sebagai salah satu usaha menyuntik inspirasi kepada pengedar dan penggemar haruman setia mereka pada kala sukar.

“Walaupun ada antara pengedar yang terpaksa menutup kedai dan kiosk yang disewa atas arahan PKP mereka cepat bangkit dan kami bimbing dengan pelbagai kemahiran supaya semangat juang mereka berterusan.

“Hasilnya amat membanggakan kerana jualan dalam talian meningkat dan sebanyak 7.3 juta botol terjual sejak pandemik Mac 2020 sehingga kini. Kami berasa bangga dapat membantu orang ramai yang terjejas pendapatan malah telah menyediakan platform kepada yang ingin menjadi pengedar sah,” ujarnya.

Menurutnya, pelbagai kelas latihan disediakan oleh pihak ibu pejabat setiap bulan termasuk menyediakan sistem dropship dengan bayaran serendah RM30.

“Kesetiaan dan keyakinan pengedar sangat menyentuh hati kami dan lebih membanggakan apabila 25 pengedar berjaya mencecah jualan RM1 juta. Inilah yang mahu kami kongsikan dengan semua masyarakat yang mahu mengubah lanskap hidup mereka.

“Travel Spray dan lahir dengan slogan memikat, melekat dan teringat-ingat sebagai tanda penghargaan kepada pengedar yang setia untuk terus bersama kami dalam senang mahu pun sukar,” katanya.

Produk baharu yang diperkenalkan adalah haruman berasaskan nuansa alam yang mewah dengan aroma bunga-bungaan, buah-buahan serta  ilham daripada keunikan bau kayu, desiran ombak, laut dan pantai.

Majlis pelancaran berlangsung meriah dikendalikan oleh pengacara Dayah Bakar dan Pengasasnya Ernayanee Nur Julaimi yang mendapat sambutan daripada 5,000 tontonan. Lebih menarik, Travel Spray mencatat rekod terbaik jualan apabila 40,000 botol terjual dalam tempoh sehari selepas dilancarkan.


Ketua Pegawai Eksekutif Dexandra, Safwan Ismail (kiri)  bersama-sama Pengasasnya  Ernayanee Nur Julaimi (kanan)  dan pengacara Dayah Bakar ketika mencabut undian nombor bertuah sempena pelancaran 15 himpunan minyak wangi -  Travel Spray secara virtual menerusi akaun Facebook pada 15 Mac 2022.


“Kemunculan koleksi Travel Spray ditampilkan dalam pesona botol yang lebih kecil 15ml, mudah disimpan dan dibawa ke mana-mana adalah hadiah kepada pelanggan setia lama dan baharu. Saya tertarik dengan falsafah Travel Spray – slim, sleek, sassy yang diperkenalkan kerana dicipta khas membantu penampilan karektor yang diidamkan," ujarnya.

Haruman De'Xandra yang sinonim bertahan dalam tempoh yang lama ini telah diperkenalkan dan berada di pasaran sejak tujuh tahun lalu dalam industri wangian. Kini mempunyai perancangan menjadi pemain utama  dalam pasaran minyak wangi dan mendominasi pasaran Asia.

Syarikat turut memperkenalkan penyegar udara kenderaan, losyen, body mist dan sanitasi tangan sejak beberapa tahun lalu secara berperingkat-peringkat.

Dexandra yakin 15 haruman terbaharu yang dilancarkan mampu menyuntik inspirasi kepada kaum wanita dan lelaki yang mementingkan penampilan anggun, bergaya dan sensual.

 “Wangian Dexandra kini telah menembusi pasaran antarabangsa apabila kami melantik pengedar tunggal di Brunei, Indonesia, Singapura, Kemboja, Thailand, Hong Kong dan China. Bersandarkan kepada keyakinan tersebut, syarikat melabur sejak bulan lalu (Februari 2022) dengan promosi memasang 70 papan iklan di lokasi tumpuan sepanjang lebuh laya di seluruh negara dengan  membelanjakan RM 2 juta bagi menjayakannya,” ujarnya. - KitaReporters


 

 

 

 

11
17
0
15
0
You will be interested