Alam & Sains 12 Aug, 2020

Pelitup muka termahal! RM6j! Berlapis emas bertatah berlian!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
PELITUP atau penutup muka (facemask) bukan hanya dijadikan alat pelindung diri tetapi bagi sebahagian masyarakat turut menjadikannya sebagai satu bentuk fesyen. Malah terdapat golongan berada sanggup memilik pelitup muka  yang berlainan dengan orang lain. : KitaReporters

Bahan-bahan yang diguna bagi menghasilkan pelitup muka yang unik dan mahal ini. Kredit foto: AP

Lagi cerita-cerita berkaitan pelitup muka:

https://kitareporters.com/search?search=pelitup+muka


Setakat ini, terdapat beberapa pelitup muka yang unik dipakai golongan tertentu.

Dan tidak lama lagi satu lagi pelitup muka yang unik dihasilkan dan mungkin pelitup muka termahal di dunia.  Ia berlapis emas dengan taburan berlian.

Yvel iaitu sebuah syarikat perhiasan di Israel, mencipta pelitup muka yang dibuat daripada emas putih 18 karat. Ia turut dihias berlian putih dan hitam sebanyak 3,600 butir.

Isaac Levy, pencipta pelitup muka yang unik dan mahal ini. - Kredit foto: AP

Perekanya, Isaac Levy yang juga pemilik Yvel, mendakwa ia adalah pelitup muka termahal di dunia. Ia berharga AS$1.5 juta (kira-kira RM 6 juta).

Issac sendiri mengakui tidak akan memakai pelitup muka itu kerana beratnya mencapai 270 gram dan mungkin kurang nyaman dipakai.

Issac melihat pekerja melakukan tugas menyiaapkan pelitup muka mahal itu. - Kredit foto: AP


Namun, Issac  berharap akan ada golongan kaya membeli pelitup muka super mewah keluaran syarikatnya. Pembuatan pelitup muka super mewah itu sedang dilaku dengan teliti oleh sejumlah pekerjanya dan dijangka siap sepenuhnya Disember nanti.

Issac juga perlu memastikan  pelitup muka itu memenuhi syarat Lembaga Pentadbiran Ubatan dan Makanan Amerika Syarikat (FDA). - KitaReporters

Contoh bentuk pelitup muka mewah ini apabila siap sepenuhnya. - Kredit foto; AP
2
0
0
1
3
You will be interested