Alam Canggih 20 Dec, 2021

Syabas Boustead Plantations, CIDB! Tunaikan tanggungjawab zakat perniagaan! Bayar kepada MAIDAM

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this


SYARIKAT perladangan Boustead Plantations Berhad (BPB) dan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menunaikan tanggungjawab masing-masing apabila membayar zakat perniagaan melalui Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) untuk diagihkan kepada golongan asnaf di negeri berkenaan.

Melalui majlis berasingan itu, BPB buat julung kalinya membayar zakat perniagaan bagi tahun 2021 sebanyak RM3,217,153 kepada MAIDAM.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan zakat

Zainal Abidin Shariff (kanan) menyerahkan replika cek kepada M Rozi Bidin di Pejabat MAIDAM, Kuala Terengganu.


Ketua Pegawai Eksekutif BPB, Zainal Abidin Shariff berkata, sebagai sebuah syarikat perladangan yang cakna terhadap tanggungjawab sosial (SR), BPB akan sentiasa memastikan kewajipan zakat perniagaan dilunaskan bagi membantu orang tidak bernasib baik.

Katanya, bagi tujuan itu, BPB komited menunaikan kewajipan zakat bagi memastikan tiada seorang pun yang ketinggalan ketika negara kita bergerak ke arah fasa pemulihan berikutan pandemik COVID-19.

Sejajar dengan itu, buat permulaan BPB telah menyerahkan pembayaran zakat perniagaan pertamanya bagi FY2021 berjumlah RM270,000 kepada MAIDAM.


M Rozi Bidin


Zainal menyerahkan sumbangan tersebut kepada Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, M. Rozi Bidin di Pejabat MAIDAM,Kuala Terengganu pada Khamis 16 Disember 2021 lalu.

Zainal Abidin berkata, BPB juga memberikan komitmen untuk menyokong usaha Kerajaan dalam pelan-pelan pemulihan di seluruh negara sejak bermulanya ancaman COVID-19 awal tahun 2020 lalu. 

“Selaras dengan aspirasi Keluarga Malaysia yang diketengahkan kerajaan, BPB akan terus memberikan bantuan bagi meredakan beban cabaran sosioekonomi akibat daripada pandemik tersebut,” katanya.

Katanya, ini adalah sebahagian daripada dedikasi kami dalam menjunjung amalan terbaik Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG). 

“Melalui operasi perniagaan BPB, kami memikul tanggungjawab sosial bagi meningkatkan kualiti hidup masyarakat dengan berusaha untuk membasmi kemiskinan dan kelaparan serta membantu memenuhi keperluan asas kumpulan yang kurang bernasib baik,” kata beliau.


M.Rozi (kiri) menerima dokumen penyerahan zakat perniagaan daripada Siti Nor Sarah Salleh


Sementara itu, pada majlis berasingan, MAIDAM turut menerima zakat perniagaan sama daripada CIDB berjumlah RM19,648 yang disampaikan oleh Pengurus CIDB Terengganu, Siti Nor Sarah Salleh kepada M Rozi. - KitaReporters


 

 

 

10
15
2
10
0
You will be interested

iPhone 14 vs iPhone13! Eve Jobs, puteri mendiang Steve Jobs bahankan iPhone 14! Sama tapi tak sama!

Pandangan anak pengasas bersama Apple, mendiang Steve Jobs iaitu Eve mengenai perbezaan iPhone 14 dan iPhone 13 dilihat cuba bahankan keluaran terbaharu Apple

Jom ramai-ramai undi! SK Kempadang, Kuantan tersenarai finalis! Anugerah Sekolah Terbaik Dunia!

SK Kempadang, Kuantan tercalon sebagai 3 finalis Anugerah Sekolah Terbaik Dunia bagi kategori inovasi untuk rebut hadiah berjumlah RM229,000 (AS$50,000) tunai
Nur Ain Darwishah in Alam Canggih 5 hours ago

Video| Malulah oii! Pelancong asing boleh tolong kutip sampah! Kita pula buang sampah merata-rata!

Tular video seorang pelancong kutip sampah di Kuala Lumpur. Video itu sepatutnya buat kita berasa malu kerana warga asing itu punya sifat kebersihan yang tinggi
Hariyati Ariffin in Alam Canggih 5 days ago

Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin! Pada harga mampu bayar!

Kerajaan terus bersikap prihatin dan beri jaminan bahawa Keluarga Malaysia akan terus dapat akses kepada bekalan tenaga yang terjamin pada harga mampu bayar -PM
Editor 1 in Alam Canggih 5 days ago

Video| Lebuh raya SUKE: Ramai suka! Pemandangan cantik! Cepat dan selesa! Tanjakan helikoid pertama!

Fasa pertama Lebuh Raya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) sejauh 16.6km dibuka secara rasmi kepada pengguna-pengguna jalan raya tanpa tol selama sebulan
Amil Abdullah Saiby in Alam Canggih 6 days ago