Alam & Sains 13 Sep, 2020

Haiwan liar mati dilanggar! Pemandu dinasihat berhati-hati!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: akmar_mm@yahoo.com

Share this

SEJAK akhir-akhir ini kita sering dilaporkan kejadian langgar mati haiwan liar di jalan raya. Alangkah ruginya negara kita apabila haiwan-haiwan liar terutama daripada spesis terancam mati begitu sahaja. Jalan-jalan raya kita bukan sahaja membunuh pengguna jalan tetapi juga haiwan terancam. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan jalan raya:

https://kitareporters.com/search?search=jalan+raya


Menurut Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), mereka telah merekodkan sebanyak 2,055 ekor hidupan liar yang mati akibat langgar mati (roadkill) sejak 2015 hingga 2019 di Semenanjung Malaysia.

Kes terbaharu langar mati adalah melibatkan seekor anak gajah jantan yang mati di Batu 10 Jalan Kota Tinggi-Mersing, Kota Tinggi, Johor pada 1 September 2020 lalu.

Anak gajah jantan ini mati dilanggar kenderaan. - Kredit foto: PERHILITAN



Justeru, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Hj Nasarah dalam satu kenyataan, menyeru kepada pengguna jalan raya agar lebih berhati-hati ketika memandu di kawasan-kawasan lintasan haiwan liar.


Antara haiwan liar yang sering terlibat dalam kes-kes langgar mati ialah kucing batu dan kucing tulap, tapir, memerang, beruang, gajah, harimau dan lain-lain.

Selain menyeru pengguna jalan raya berhati-hati, kerajaan juga mengambil langkah lain untuk menangani masalah ini daripada terus berlanjutan seperti membina lintasan hidupan liar di tiga lokasi berbeza di Semenanjung Malaysia.


Malah, kerajaan juga akan mewajibkan pematuhan kepada Pelan Pengurusan Hidupan Liar atau Wildlife Management Plan (WMP) bagi setiap projek di habitat hidupan liar.

Manakala Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) akan menubuhkan pasukan khas kebangsaan terdiri daripada kerajaan negeri, kementerian dan agensi berkaitan bagi menangani konflik manusia-hidupan liar di Malaysia.


Semoga dengan usaha-usaha dan kerja sama daripada pelbagai pihak, kita sama-sama dapat menyelamatkan hidupan liar yang menjadi khazanah berharga negara! - KitaReporters

0
0
1
0
0
You will be interested