Alam & Sains 12 Jul, 2025

Syabas Hotel Hompton, Hotel Sentral Seaview, Hotel Mecure! Gabung tenaga bersihkan pantai P Pinang!

@nazar hashim
Emel: nazarhashim10@gmail.com

Share this

Aktiviti membersihkan pantai yang dilaksanakan sepanjang pantai Tanjung Bungah.

Celah-celah batu juga menjadi tumpuan para peserta mengeluarkan sampah-sampah yang tersembunyi.

Pulau Pinang yang sememangnya popular dengan pantainya dan destinasi pelancongan yang menarik sering menjadi tumpuan, lebih-lebih lagi pada musim cuti sekolah.

Selain pelancong tempatan, ia juga menjadi destinasi tumpuan pelancong luar negara ke Bukit Bendera, Jambatan Pulau Pinang mahupun pantai-pantai di Batu Ferringhi, Tanjung Bungah, Teluk Bahang dan pelbagai lagi lokasi sedia ada.

Namun begitu bagi memastikan keadaan pantai yang sering menjadi daya tarikan setiap hari minggu mahupun cuti umum berada dalam keadaan bersih dan tidak tercemar, inisiatif diambil oleh pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan dan pihak swasta serta agensi kerajaan.


Aktiviti dilakukan secara berkumpulan dan agihan tugas serta lokasi berasingan.

Sampah yang dikumpulkan diisi dalam karung plastik sebelum dilupuskan.


Hotel Hompton, Hotel Sentral Seaview dan Hotel Mecure adalah tiga buah hotel yang telah menjalankan tanggungjawab sosial korporat (CSR) melaksanakan program membersihkan pantai bersama-sama dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Pulau Pinang serta dokongan bersama Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Shafiz Rahim Raja.

Program yang bermula pada awal pagi 11 Julai 2025 itu disertai 50 peserta yang terdiri daripada staf dan kakitangan ketiga-tiga hotel terbabit, MOTAC dan juga MBPP.

Program sukarela membersihkan pantai di sepanjang pesisiran pantai Tanjung Bungah ini turut mendapat dokongan MBPP yang menyediakan peralatan dan perkakasan bagi melancarkan program membersih dan mengutip sampah tersebut.


Dr Annuar Mohamad (dua dari kiri) bersama Shafiz Rahim Raja (tengah) dan Pengurus Besar ketiga-tiga hotel terlibat CSR bersihkan pantai.

Menurut Shafiz, MBPP akan tetap memberi dokongan bagi apa jua program pembersihan terutama pantai sekitar pulau bagi memastikan iasenantiasa bersih dan tidak tercemar.

Ujar beliau, inisiatif yang diambil oleh pihak swasta seperti yang dilaksanakan bersama oleh ketiga-tiga hotel dengan MOTAC adalah kerjasama CSR yang seharusnya diteladani dan menjadi rutin bagi semua pihak.

Program membersihkan pantai tersebut turut disertai Pengarah MOTAC Pulau Pinang, Dr Annuar Mohamed; Pengurus Besar Hotel Hompton, Steven Suffian Phoong; Pengurus Besar Hotel Mecure Pulau Pinang, Zosimo Jimeno; dan Pengurus Besar Hotel Sentral Seaview Pulau Pinang, Alex Gooi. - KitaReporters


Sampah yang dikumpulkan dihimpunkan sebelum disatukan untuk dilupuskan oleh pihak MBPP.

Peserta bergambar beramai-ramai selepas pembersihan sampah sepanjang pantai dilaksanakan.

14
12
0
11
0
You will be interested