Alam & Sains 25 Oct, 2022

Kanak-kanak lelaki dilahirkan tanpa zakar! Terpaksa lakukan pembedahan bentuk kemaluan wanita pula!

@zuhayati yazid
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2007 dan masih mewarnai dunia penulisan sehingga kini.

Share this


MENUNGGU kelahiran pasti mengujakan apatah lagi jika kelahiran berkenaan adalah yang pertama.

Namun bayangkan kelahiran yang dinanti-nantikan itu tidak normal. Pasti pahit untuk ditelan bagi kedua-dua ibu dan bapanya. 

Kisah sama berlaku di Iran apabila sepasang suami isteri menerima kelahiran istimewa apabila anak lelaki yang dilahirkan itu tanpa zakar kira-kira 14 bulan lalu.

Malah kejadian itu merupakan sangat jarang berlaku dengan kebarangkalian satu dalam 30 juta kes.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan saat-saat kelahiran



Memetik laporan dailymail.co.uk, sebagai ganti pasukan doktor bedah Universiti Perubatan Sains Zahedan terpaksa melakukan pembedahan dan membentuk alat sulit wanita kepada kanak-kanak berkenaan.

Terdahulu, pakar perubatan yang melaporkan kes itu memaklumkan kanak-kanak lelaki itu dilahirkan secara normal dalam keadaan baik

Sepanjang tempoh kehamilan, doktor yang merawat tidak mengenal pasti kelainan dalam kandungan ibu berkenaan.

Malah ibu kanak-kanak itu juga tidak mengalami sebarang masalah sepanjang tempoh kehamilannya. 

Jelas doktor, pihaknya menjalankan beberapa ujian saringan khas beberapa bulan selepas kanak-kanak itu dilahirkan bagi mengetahui bagaimana sistem urinarinya berfungsi. 

Hasil laporan mendedahkan terdapat sambungan fistula yang tidak normal antara pundi kencing dan rektrum kanak-kanak berkenaan



Kes kanak-kanak berkenaan diterbitkan dalam jurnal Radiologi Case Report

Malah pasukan doktor bedah menyifatkan kanak-kanak berkenaan sebagai menghidapi kondisi aphalia, iaitu kes yang sangat jarang berlaku dalam kelahiran.  

Aphallia berlaku apabila alat kemaluan gagal tumbuh secara normal dalam rahim semasa beberapa bulan pertama kehamilan. 

Menerusi laporan yang dikeluarkan 17 Oktober 2022 lalu, kanak-kanak berkenaan masih mempunyai skrotum dan buah testis. 

Buat masa ini kanak-kanak tersebut terpaksa membuang air kecil melalui duburnya akibat kecacatan luar biasa yang dialaminya. 

Semoga kepakaran pasukan doktor yang terlibat  berjaya melakukan pembedahan ke atas kanak-kanak berkenaan dan mengembalikan hak kanak-kanak berkenaan dan  meneruskan kehidupan normal. - KitaReporters


 

13
11
0
13
0
You will be interested