Alam & Sains 26 May, 2021

Berita Terkini| Perkhidmatan Tajuddin sebagai Pengerusi Prasarana ditamatkan! Dengan serta-merta!

@news editor 1
Semua kenyataan media/press releases boleh di emel ke editor@reporters.com

Share this

SURAT yang ditandatangani Menteri Kewangan menyatakan persetujuan menamatkan perkhidmatan Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Syarikat.


PERKHIDMATAN Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman sebagai Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) ditamatkan serta merta pada hari ini, 26 Mei 2021.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Kewangan selepas satu surat bertarikh 26 Mei 2021 yang dihantar kepada Tajuddin dan tular dalam laman sosial.

"Dimaklumkan bahawa Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Abdul Aziz telah bersetuju agar perkhidmatan Datuk Seri sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) ditamatkan berkuasa kuasa serta-merta.

“Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakam setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih atas perkhidmatan dan sumbangan yang telah Datuk Seri berikan kepada Prasarana sepanjang menjadi Pengerusi Bukan Eksekutif syarikat," demikian menurut surat tersebut, bertarikh Rabu, 26 Mei 2021.

Tengku Zafrul bagaimanapun tidak menyatakan sebab mengapa perkhidmatan Tajuddin ditamatkan.

Sementara itu, memetik laporan Astro Awani, pegawai khas kepada Ahli Parlimen Pasir Salak ketika dihubungi mengesahkan surat berkenaan.

Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuat kuasa pada 11 Mei 2020 bagi menggantikan bekas Hakim Besar Malaya, Tan Sri Zaharah Ibrahim yang meletakkan jawatan pada 7 Mei 2020.

Sementara itu, Prasarana akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkara itu dalam masa terdekat.

Terdahulu, media melaporkan polis menjalankan siasatan terhadap Tajuddin susulan video yang tular menunjukkan beliau tidak memakai pelitup muka ketika mengadakan sidang media mengenai kemalangan tren, pada Selasa, 25 Mei 2021.

Pada sidang media itu, Tajuddin dilihat hanya memakai pelindung muka tanpa memakai pelitup muka. - KitaReporters


Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter

Tajuddin dilantik sebagai Pengerusi Prasarana berkuatkuasa 11 Mei 2020.

1
0
0
1
0
You will be interested