Alam & Sains 11 Aug, 2020

Tak nak pindah! Wanita tinggal di tengah jambatan lebuh raya

@nurul ili nadiah jamian
Berpengalaman luas dalam bidang penulisan selama 3 tahun. Aktif menggali cerita sensasi dan hangat yang terkini sama ada dalam atau luar negara. Sentiasa memegang 'moto' "biar ringkas asal tepat" dalam setiap penulisan.

Share this
SEKIRANYA anda diarahkan untuk berpindah ke kawasan perumahan yang baharu, yang lebih cantik dan diberikan pampasan kerana tanah yang menempatkan rumah anda sekarang akan dirobohkan untuk tujuan pembangunan, adakah anda akan berpindah? Tapi ada yang enggan sama ada bersifat terlalu nostalgia atau mahukan pampasan yang lebih besar. : KitaReporters


Jambatan lebuh raya yang dibina di atas sebuah rumah kecil. - Kredit Foto: Weibo


Lagi cerita-cerita dari China:

https://kitareporters.com/search?search=china


Sebuah bandar di China terpaksa membina jambatan lebuh raya di sekitar sebuah rumah kecil setelah pemilik rumah berkenaan enggan meninggalkan kawasan tersebut untuk berpindah ke tempat yang lain. 

Meskipun ditawarkan beberapa pilihan dan tawaran termasuk sejumlah pampasan yang bernilai lebih RM700,000 dan dua buah rumah flat yang baharu, Liang bagaimanapun tekad untuk tidak menjual rumahnya kerana tidak berpuas hati dengan jumlah pampasan tersebut.

Menurut portal terkenal Hong Kong South China Morning Post, dia juga tidak berkenan dengan tempat baharu di mana kawasan tempat tersebut sangat tidak baik. Dalam satu temu bual yang dirakam oleh Pear Video, dia mengatakan tempat baharu yang ditawarkan bersebelahan dengan rumah mayat dan sudah pasti ia tidak menepati dengan kehendaknya. 

Liang yang dianggap keras kepala itu juga mahukan empat buah rumah flat dan dua kali ganda pampasan yang ditawarkan.

Akibat itu, rumah satu tingkat seluas 40 meter persegi itu kini berada di tengah-tengah empat lorong lalu lintas bawah jambatan Haizhuyong, Guangzhou. Ia sememangnya amat membahayakan!


Pihak berkuasa di daerah Haizhu mengatakan bahawa rancangan perobohan kawasan tersebut dikeluarkan pada tahun 2010, lapor Guangzhou Daily. Hal ini bermakna, kerajaan China telah memujuknya untuk berpindah hampir sedekad yang lalu. 

Liang menegaskan bahawa dia tidak kisah dengan tanggapan sekeliling dan sanggup menghadapi apa jua risiko pada kemudian hari.

"Anda fikir persekitaran ini buruk, tetapi saya rasa ia tenang, bebas dan selesa," katanya.

Berbeza dengan apa yang dikatakan Liang, tempat tinggalnya kini menjadi perhatian umum dan sentiasa menerima kunjungan daripada penduduk dan pelawat di China.

Menerusi ciapan di Twitter, netizen juga berpendapat wanita berkenaan tidak dapat hidup dengan tenang kerana tempatnya itu bising dan berdepan risiko kemalangan dari kenderaan yang lalu-lalang di situ.



Ada juga netizen menyifatkan sikap pemilik rumah tersebut adalah tamak dan sangat degil.



Untuk makluman, rumahnya adalah satu-satunya rumah yang tidak dirobohkan di tempat berkenaaan dan ada tujuh lagi syarikat yang masih tinggal di sana. Sementara seramai 47 pemilik rumah sudi menerima manfaat yang sama dari kerajaan dan sudah pun  berpindah pada September yang lalu. 

Macam-macam karenah pemilik tanah ni. Kalau di Kampung baru , Kuala Lumpur macam manalah pula halnya?? - KitaReporters

5
0
1
0
0
You will be interested