Alam Canggih 13 Mar, 2021

Seorang kontak rapat COVID-19! 24 pemancing Tasik Kenyir dibenar pulang! Kena kuarantin 11 hari

@mohammad ishak
Bekas penulis Kumpulan NSTP selama 35 tahun sebelum bersara pada Oktober 2018 dan berkhidmat di Terengganu. Pernah membongkar peristiwa sembahyang dua imam dalam satu kampung di Daerah Besut selain perkampungan Kerajaan Langit Ayah Pin.

Share this


SEKUMPULAN pemancing yang sedang melakukan aktiviti memancing dengan menggunakan rumah bot di pusat pelancongan Tasik Kenyir, Hulu Terengganu dikejutkan dengan perkhabaran salah seorang daripada rakan mereka dikatakan mempunyai gejala COVID-19.

Ia susulan tersebar dalam media sosial  lelaki terbabit dikehendaki datang menjalani saringan kesihatan di Hospital Hulu Terengganu selepas isterinya yang berada di rumah disahkan positif COVID-19 pada Khamis, 11 Mac 2021.

Bagaimanapun, ujian calitan (swab) ke atas lelaki terbabit yang dipercayai menjadi kontak rapat pesakit positif COVID-19 belum disahkan.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan positif COVID-19:

https://kitareporters.com/search?search=positif+COVID-19


Gambar hiasan... Rumah Bot di Tasik Kenyir,Hulu Terengganu.


Pengerusi Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH) Datuk Razali Idris menyifatkan tindakan orang ramai yang menyebarkan maklumat tidak pasti berkaitan penularan COVID-19 khususnya di daerah itu bukan sahaja menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat, malah mengeruhkan lagi keadaan.

Beliau mengulas tentang tular dalam media sosial mengenai sekumpulan 24 pemancing yang bercuti ke Tasik Kenyir pada Khamis 11 Mac 2021 terpaksa menjalani kuarantin sementara di sebuah rumah bot berikutan seorang daripada mereka disyaki positif COVID-19 dalam satu hantaran netizen dalam Facebook.


Razali Idris


Katanya, orang ramai perlu merujuk kepada pihak berkuasa sama ada pihak polis ataupun Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terlebih dahulu bagi kesahihan maklumat erkenaan.

Beliau dimaklumkan oleh Pengerusi Persatuan Pelancongan Tasik Kenyir, Zalani Endut bahawa lelaki itu dikehendaki datang menjalani saringan kesihatan di Hospital Hulu Terengganu selepas isterinya yang berada di rumah disahkan positif COVID-19 pada Jumaat, 12 Mac 2021.

"Akur dengan arahan itu, pihak persatuan telah mengesan lokasi rumah bot yang dinaiki lelaki tersebut dengan kerjasama Polis Gerakan Marin dan beliau telah pun menjalani ujian calitan di Hospital Hulu Terengganu pada 5 petang Jumaat," katanya.

Susulan itu, kesemua 24 penumpang rumah bot yang berasal dari Manir, Kuala Terengganu telah pun dibenarkan pulang ke rumah masing-masing dan dipakaikan gelang kuarantin berwarna putih.

Mereka dibenarkan pulang pada Sabtu, 13 Mac 2021 dan akan menjalani kuarantin selama 11 hari sehingga keputusan ujian saringan lelaki tersebut diketahui tidak lama lagi.

"Begitu juga dengan pemandu dan empat kru di rumah bot itu yang akan menjalani kuarantin selama 11 hari di dalam rumah bot tersebut.



Katanya, ini merupakan kes terpencil sahaja dan beliau yakin pengusaha rumah bot di Tasik Kenyir akan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang penularan wabak COVID-19 ini demi kebaikan semua pihak.

Razali berkata, Tasik Kenyir masih selamat untuk dikunjungi ketika ini dan orang ramai tidak perlu bimbang mengenai khabar angin yang tersebar itu. - KitaReporters

1
0
0
1
1
You will be interested

Video| Doktor makan najis, minum air kencing lembu! Dakwa baik untuk kesihatan, imuniti tubuh!

Dr Manoj Mittal di India sanggup makan najis lembu dan minum air kencing binatang itu dengan dakwaan ia baik untuk kesihatan dan mampu tingkat imuniti tubuh

Madu kelulut! Mula untuk isi masa lapang! Kini Cikgu Roszaidi mampu jana pendapatan tambahan!

Bermula daripada hobi dan isi masa terluang, kini Roszaidi Ramlee dapat hasilkan pendapatan sampingan daripada usahanya ternak lebah kelulut di halaman rumahnya
Rosdi Ismail in Alam Canggih 1 day ago

Musim bah di Terengganu! 3,200 sukarelawan belia, 2,779 petugas pelbagai agensi bersiap siaga!

Bagi menghadapi situasi banjir pelbagai pihak serta agensi berkaitan bertindak mengambil langkah berjaga –jaga memastikan penduduk berada keadaan siap sedia.
Mohammad Ishak in Alam Canggih 3 days ago

Kenaikan harga sayur sementara! Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam naik - KPDNHEP!

Kenaikan harga sayur adalah sementara. Dijangka alami penurunan apabila keadaan cuaca bertambah baik. Harga telur, ayam naik sebab harga makanan ayam pun naik
Mohammad Ishak in Alam Canggih 5 days ago

Video| Hukum guna Android box? Berdosa atau tak berdosa? Ini jawapan mufti yang perlu anda tahu!

Kini ramai gunakan Android box (kotak Android) kerana ia lebih jimat berbanding langgan saluran berbayar. Tapi pernahkah terfikir hukum beli, guna Android box?
Zul Akmar Jamaludin in Alam Canggih 1 week ago