Alam & Sains 20 Sep, 2020

Heboh! Tokek raksasa sepanjang 1.2 meter berjaya ditangkap!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this

RUPANYA tidak ubah seperti cicak namun haiwan yang dipanggil tokek ini lebih besar dan harganya boleh mencecah ribuan ringgit kerana didakwa boleh mengubati pelbagai jenis penyakit termasuk kanser. Kerana itu, haiwan ini menjadi buruan ramai pembuat dan pengguna ubat-ubatan tradisional. : KitaReporters


Lagi cerita-cerita berkaitan haiwan:

https://kitareporters.com/search?search=haiwan


Menurut Wikipedia, tokek adalah sejenis cicak yang terdapat di timur laut India dan Bangladesh, seluruh Asia Tenggara, Filipina hingga Indonesia dan New Guinea Barat

Habitat asal cicak ini adalah dalam hutan hujan tropika dan ia lebih sesuai hidup pada pokok-pokok tinggi dan tebing.

Baru-baru ini, heboh dalam media sosial apabila seorang lelaki berjaya menangkap seekor tokek bersaiz raksasa. Kejadian berlaku di negara jiran Indonesia, namun tidak pasti di mana lokasinya.


Video rakaman menunjukkan keadaan dan saiz tokek tersebut itu mula tersebar. Penemuan tokek raksasa jarang berlaku dan sebab itulah ia mudah menjadi tular dan kegemparan masyarakat.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang lelaki sedang mengukur tokek yang dijumpai. Mengagumkan kerana didapati saiz tokek tersebut melebihi satu meter. Panjang dari kepala hingga ekornya adalah sepanjang 1.2 meter.


Boleh dikatakan saiz tokek tersebut menyamai saiz seekor biawak besar. Dek kerana harga pasarannya yang tinggi, pemilik berkenaan dikatakan mahu menjualnya kepada sesiapa yang berminat. Dia juga mahu menawarkan pembayaran secara tunai atau ‘cash on delivery’ (COD). 

Ramai yang memberi andaian bahawa pembeli yang berminat pastinya mahu menjadikan tokek tersebut sebagai haiwan peliharaan. Malah, ada juga yang meneka tokek tersebut bakal menjadi hidangan dan ubat oleh si pembeli. - KitaReporters

1
5
0
0
2
You will be interested