Alam & Sains 29 Sep, 2021

Serangan terbaharu di selatan Thai! 2 polis terbunuh, 4 parah! Juga 1 askar, 1 militan maut!

@adnan mohamad
Berpengalaman dalam bidang penulisan selama lebih 22 tahun sebagai wartawan bermula di akhbar Berita Harian selama lebih lima tahun kemudian di akhbar Utusan Malaysia serta Kosmo dan lima kali mendapat anugerah kewartawanan peringkat negeri Terengganu. Emel: [email protected]

Share this

PIKAP polis tercampak 50 meter di tepi jalan selepas terkena bom buatan sendiri menyebabkan dua anggota polis terbunuh dan empat parah di Kampung Namwong, Chanae, Selatan Thailand. - Kredit foto: The Bangkok Post


DUA anggota polis terbunuh dan empat cedera parah apabila dua buah pikap yang mereka menaiki melambung dan tercampak sejauh 50 meter selepas kenderaan itu dipercayai terkena jerangkap samar buatan sendiri yang dipasang di jalan raya di Narathiwat, Selatan Thailand pada pukul 2.15 petang Selasa, 28 September 2021. 

Dalam kejadian lain pula, pada hari yang sama sekitar pukul 11.20 pagi (waktu tempatan), seorang tentera laut maut dan seorang anggota militan juga turut terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan di ladang kelapa sawit di daerah Bacho.


Lagi cerita-cerita menggemparkan berkaitan letupan

Kredit foto: Gambar fail AFP


Ketua Polis Narathiwat, Mej Jen Polis Narin Busaman memberitahu, dua anggota polis terbunuh itu dalam serangan tersebut ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Balai Polis Chanae.

Beliau berkata, setiba di tempat kejadian di Kampung Namwong di daerah Chanae, dua buah pikap yang dinaiki oleh lapan anggota polis terbabit tiba-tiba meletup dan melambung dipercayai terkena bom buatan sendiri yang dipercayai ditanam di jalan raya terbabit sebelum diletupkan.

``Berikutan dengan insiden itu, dua anggota polis maut dan empat orang cedera parah manakala pikap polis itu remuk,’’ katanya seperti dipetik daripada laporan Bernama, 28 September 2021.


DUA insiden serangan yang berlaku di tempat berasingan di selatan Thailand pada 28 September 2021. - Kredit foto: AFP


Sebelum itu, kata Narin, seorang tentera laut terbunuh dalam kejadian berbalas tembakan antara pasukan keselamatan dengan anggota militan di sebuah ladang kelapa sawit di daerah Bacho.

Menurutnya, pasukan keselamatan telah mengepung ladang kelapa sawit terbabit yang dipercayai tempat persembunyian anggota militan itu sebelum berlaku kejadian tembak menembak. 

``Ekoran insiden itu,seorang tentera laut serta seorang anggota militan terbunuh di lokasi kejadian,’’ katanya. - KitaReporters


Kredit Foto: AFP

13
8
1
14
0
You will be interested