Alam Canggih 27 Sep, 2021

Video| Kreatif dan unik! Kerana minat ikan koi, akuarium jadi pagar rumah! Semua boleh tengok!

@fauzan uda ahmad
Bekerja dengan Utusan Malaysia dari 1985 hingga 1996. Menjadi wartawah hiburan, koresponden di Jakarta, Indonesia dan Ketua Meja Hiburan. juga bertugas dengan beberapa media lain

Share this
Ikan koi dijaga rapi dan menjadi pemandangan yang membentuk pagar rumah. - Kredit foto: Detik News.

SEBAGAI peminat ikan hiasan dikenali sebagai ikan koi, seorang lelaki di Malang, Jawa Timur bernama Farid Prima atau Jeje, 35, sanggup mengeluarkan belanja agak besar bagi menjadikan pagar rumahnya seperti akuarium yang dihiasi dengan beberapa kolam ikan koi. 

Pagar ikan koi telah siap dibuat Jeje sejak sembilan bulan lalu, tetapi baharu kebelakangan ia tular dalam media sosial dan dijadikan bahan bualan. Antara yang memaparkan pagar akuarium ikan koi ialah pemilik TikTok @jejeyeny3.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan ikan koi

Ikan koi pelbagai warna mencantikkan pemandangan pagar rumah. - Kredit foto: Detik.com


Jeje yang memiliki koleksi ikan koi yang agak banyak ingin dapat melihat terus ikan-ikan koleksinya ketika berada di rumah. 

Kebetulan, Jeje ingin mengubah pagar rumah daripada konsep aslinya. Dia mengambil masa hampir dua bulan menyiapkan pagar unik ini yang memagari rumahnya di Jalan Cluster Trigris Perum Tirtasari, Kecamatan Wagir, Kabupaten Malang, Jawa Timur.

Daripada pemantauan detikcom, rumah Jeje terletak di sudut kompleks perumahan, menjadikan pagar ikan koi berbentuk hampir setengah bulatan.


.

Ikan koi ditangkap dan dipindah ke kolam yang dijadikan pagar rumah. - Kredit foto: TikTok jejeyeny3


Keseluruhan  pagar kolam mempunyai panjang 16 meter, dengan tinggi 1.10 meter dan tebal cermin 12 milimeter dengan mempunyai empat kolam. Terdapat 80 ekor ikan koi dipelihara dalam akuarium yang dijadikan pagar rumahnya.

Keunikan pagar rumahnya menjadikan rumahnya tumpuan orang ramai yang ingin melihat puluhan ikan koi berwarna emas, perak, oren dan putih berenang-renang manja.

Ikan koi berasal dari nama Jepun, Nikikoi, salah satu ikan hiasan yang diminati untuk dipelihara dan ditonton. - KitaReporters


11
13
0
13
0
You will be interested

Video| Untungnya rakyat China! Naik teksi tanpa pemandu! Perkhidmatan Robotaxi pertama di dunia!

Syarikat pemilikan kenderaan pemanduan autonomi terbesar di China, Baidu dan Pony.ai, syarikat pemanduan autonomi dapat permit sulung untuk kendalikan Robotaxi

Video| Ada beran? Jom seberangi jambatan terpanjang di dunia! Sky Bridge 712 terima pengunjung!

Republik Czech buka jambatan dikenali Sky Bridge 721 yang punyai jarak sepanjang 721m dan tergantung di udara pada ketinggian 95m di atas sebuah kawasan lembah
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 4 days ago

Doktor rancang nak buat pemindahan rahim! Bagi peluang golongan transgender pengalaman mengandung!

Seorang pakar bedah di New Delhi rancang untuk pindahkan rahim kepada seorang lelaki jalani pembedahan wanita transgender supaya dapat rasai nikmat kehamilan
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 1 week ago

Tenun Pahang Diraja: Sudah terbang tinggi, terbang jauh! Tarik perhatian kerabat diraja Britain!

Puteri Diraja Britain, Puteri Anne dan Duchess of Gloucester, Duchess Birgitte berkenan lawat Pameran Tenun Pahang Diraja yang diadakan julung kalinya di London
Mohamed Sa'ari in Alam Canggih 1 week ago

Kesiannya! Ribuan burung jatuh 'dari langit' kerana kelesuan! Gelombang suhu panas jejas kehidupan!

Suhu panas di Gujarat, India memaksa pasukan penyelamat bertungkus-lumus kutip ratusan ekor burung setiap hari yang tewas akibat terkesan gelombang panas haba
Zuhayati Yazid in Alam Canggih 1 week ago