Alam & Sains 12 Feb, 2022

Harga tak masuk akal! Lelaki ini jual imej tong sampah besar jutaan ringgit! NFT sanggup bayar!

@zul akmar jamaludin
Memulakan kerjaya sebagai wartawan pada 2001 di tabloid Warta Perdana dan di majalah Variapop pada tahun 2002. Kemudian menyambung kerjaya sebagai wartawan majalah Mingguan Wanita di Kumpulan Media Karangkraf. 📧: [email protected]

Share this


SEJAK akhir-akhir ini nama NFT (non fungible token) menjadi sebutan. Kalau sebelum ini seorang pemuda dari Indonesia menjadi terkenal kerana berjaya menjual gambar-gambar swafotonya kepada NFT dengan harga yang tak masuk akal, kali ini giliran seorang lelaki bernama Robness dari Los Angeles, Amerika Syarikat pula.

Lapor AFP pada 27 Januari 2022 lalu, Robness berjaya menjual imej tong sampah pada harga RM1.054 juta kepada NFT Super. Satu harga yang sangat tidak masuk akal bagi kebanyakan orang!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan tong sampah


Imej bertajuk "64 gallon toter" menggambarkan tong sampah plastik besar dengan kesan glitching, yang memberikannya penampilan psychedelic (psikedelik).

"Ia seperti seni kemarahan, saya marah tentang beberapa perkara. Jadi saya meletakkannya, dan ia telah dialih keluar. Mereka fikir saya mengambil gambar Home Depot dan melanggar hak cipta.

"Mereka mengugut saya secara sah," katanya sambil ketawa.

Namun kemudian, tiba-tiba platform tersebut memaparkan karyanya semula kerana hasil perbincangan, mereka setuju menganggap ia sebagai seni yang sah.


Imej tong sampah yang berharga jutaan ringgit. - Kredit foto: Google Image


"Komuniti tidak menganggapnya sebagai seni, tetapi meletakkannya semula selepas dua tahun kerana begitu banyak berlakunya perkembangan dalam perbincangan mengenai apa yang secara sah boleh dipanggil seni.

"Ia adalah satu daripada tiga tong sampah di SuperRare dan saya menjualnya kepada pengumpul.

"Mereka menelefon saya kerana ingin mengetahui lebih lanjut tentang cerita itu dan kami bercakap selama kira-kira 30-45 minit, dan keseluruhan cerita itu lucu dan dia ketawa pada kebanyakan masa.

"Jadi mereka mahu membelinya, saya memberinya harga dan itu sahaja,” jelas Robness.


Hasil kreativiti, Robness berjaya memperolehi pendapatan lumayan. - Kredit Foto: Google Image


Menurut Robness sebelum ini dia melakukan kerja-kerja pelik dan tidur di dalam keretanya di tepi pantai apabila dia mula meneroka dunia mata wang kripto pada 2014. 

Dia secara beransur-ansur terpikat dengan teknologi dan mula membuat NFT, dan kini telah berjaya mendapat wang yang agak banyak.

"Sebulan, itu lebih baik daripada kerja saya sebagai barista," katanya bergurau.

Dia kini memperjuangkan ‘seni sumber terbuka’ dan berkata sesiapa sahaja sepatutnya boleh mengambil sebarang gambar dan melakukan apa yang mereka suka dengannya.

"Anda benar-benar boleh mencuri apa sahaja yang saya buat, salin dan tampal, saya tidak kisah," katanya.

Nampak gayanya makin senang untuk mendapatkan duit asalkan anda seorang yang kreatif, berani dan yakin. - KitaReporters


14
16
0
4
0
You will be interested